Friday, August 26, 2011

The real reasons wearing hijab

bismillahirrahmanirrahim

apakah reasons yang sebenar korang bertudung atau berhijab?

googled


adakah kerana dari kecik lagi kita diasuh pakai tudung, then bertudung nih dah jadi satu habit buat kita ?

atau

adakah kerana suruhan dari ibubapa, kawan2 atau masyarakat sekeliling kita bertudung ?

atau

adakah kerana nak berfesyen ? sebab sekarang dah macam2 trend tudung wujud sekarang.

atau

adakah kerana ingin mendapat cinta dari seorng lelaki ? sebab lelaki tu suka perempuan yang bertudung.

atau


adakah kerana kita bertudung bila nak berkahwin ?  


atau


adakah kerana kita akan menunaikan haji atau umrah kita bertudung ?


atau 


adakah kerana bila bulan Ramadhan kita bertudung ?


atau 

adakah kerana ada alasan atau sebab2 yang tertentu ?


atau


adakah kerana suruhan Allah yang menyuruh setiap wanita islam itu menutup aurat ? jadi untuk menutup aurat kita bertudung ?



setiap orang ada reasons tersendiri bila mengenakan tudung. pada awalnya mungkin kita bertudung disebabkan salah satu jawapan bagi persoalan yang kat atas tuh. biar apa pun sebabnya menutup aurat dengan betul adalah wajib. moga kita sentiasa berusaha dan berdoa agar apa yang kita buat adalah sebenar-benar sebab.






wassalam






Masih ada yang mahu menegur

bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum and salam sejahtera korang ! alahai, kesian blog dibiar lama tak berupdate. kemanakah menghilang ? hehe...hilang pergi membawa diri mencari damai yang hilang.=P. apa2 pun terima kasih banyak2 mereka yang sudi singgah. insyaAllah akan cuba jejak balik korang.


ok. terus kepada tajuk. sila scroll ke bawah yer. =)

|
|
|
|
|
|
V

bila aku lihat kawan2 aku yang mana mak ayah diorang selalu ingatkan dan tegur tentang solat, jaga aurat semua tuh, aku rasa cemburu. mak ayah aku tak pernah pun tegur dan ajar aku semua tuh sebab diaorg sendiri pun masih  tak jaga solat dan aurat. mak ayah aku tak pernah didik dan ajar aku. sedikit sebanyak aku tahu tentang solat aurat tuh pun nenek aku yang ajarkan dan jugak subjek pendidikan islam kat sekolah. aku bersyukur kerana Allah tunjukkan aku jalan yang sebenar. aku bersyukur kerana aku tercampak di satu tempat yang menyedarkan aku semua nih. aku mula sedar akan tanggungjawab aku. aku mula tahu tentang wajibnya solat dan cara melaksanakannya. aku mula tahu tentang penjagaan aurat yang sebetulnya. dan sekarang aku akan menghadapi satu cabaran untuk bawa keluarga aku balik ke jalan yang sebenar.
luahan dari seorang hamba Allah.



so, apa pandangan korang? tak dinafikan ada mereka2 yang mana berasal dari family yang tidak totally mengamalkan gaya hidup islam sebetulnya. boleh dikatakan hanya islam pada I/C je. tidak pernah menitik beratkan tentang solat, aurat dan perkara2 yang berkaitan kepada anak2 mereka. hanya mengharapkan subjek pedidikan islam dan kelas agama kat sekolah je yang mengajar dan mendedahkan semua tu kepada diaorg. 




tapi sebaliknya, bagi mak ayah yang selalu tegur dan didik anak2 diaorg tentang agama kebanyakan anak2 pula yang tak dengar kata. betul la kan. iman itu tak dapat diwarisi. walaupun ayahnya seorang imam masjid surau tak semestinya jugak anaknya akan macam tu. penyakit manusia, perkara yang senang kita dapat sememangnya kurang dihargai.    



kita masih lagi ada ibu bapa, orang tersayang yang mengingatkan, yang menegur kita untuk solat, jaga aurat dan perkara2 lain yang berkaitan. bersyukurkah kita? masih ramai lagi mereka2 di luar sana yang mana ibu bapa mereka tidak menitik beratkan perkara nih dalam diri mereka. masih ramai yang tidak tahu walaupun mereka islam. janganlah islam kita hanya diwarisi semata2 tanpa kita mengadaptasikannya dalam hidup kita.




alhamdulillah bagi mereka yang dapat petunjuk dari Allah, yang diberi kesedaran olehNya tentang tanggungjawab dia sebagai muslim, bagaimana cara hidup yang sebetulnya  kadang2 memberi cabaran kepada diaorg. cabaran kepada mereka untuk membawa keluarganya pula ke jalan yang betul. 


bagi mereka yang mana familynya sama seperti seorg hamba Allah kat atas tuh, teruskan usaha korang untuk bawa keluarga korang kembali ke jalan yang betul. reda dan sabar dengan perkara yang menimpa korang. sentiasa berdoa agar Allah beri petunjuk kepada mereka sebagaimana Allah beri pada korang. jangan putus asa. jangan berhenti berharap. selagi mana nyawa masih lagi dikandung badan selagi tu masih belum ada yang terlambat. pintu taubat masih lagi dibuka.     



surah Al-Zumar ayat 53 :
Katakanlah : "Wahai hamba-hambaKu yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri ! Janganlah kamu berputus asa daripada rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampunkan dosa-dosa semuanya. Sesungguhnya, Dialah Yang Maha Pengampun, Lagi Maha Penyayang.





hidayah. Allah anugerahkan kepada mana2 hamba yang dikehendakiNya. hidayah itu juga perlu dicari dan diusahakan.


wassalam




Sunday, August 14, 2011

SABAR

bismillahirrahmanirrahim

assalamualaikum korang ! sila buat muka excited macam ni. mesti comel korang buat ! lalalala.




well, hari nih dah masuk 14 ramadan dan sudah hampir separuh ramadan sudah berlalu. so far macam mana dengan pengisian ramadan kali ni ? adakah ramadan kali nih memberi perubahan yang baik dalam diri korang ? renung2kan. skang nak cite pasal marah memarahi kat korang.



marah. satu perasaan yang sume orang tak suka. kadang2 bila berhadapan dengan keadaan yang tengah marah nih sume benda tak kena. ini tak kena. itu tak kena. yang putih nampak hitam. yang hitam laaaaagi nampak lebih hitam. boleh dikatakan keadaan yang diselubungi dengan perasaan marah nih memang semuanya serba tak betul.





bila kita buat silap dan orang menegur kita dalam keadaan marah...sungguh merosakkan hari. dan bila begitu cara yang ditegurnya amat susah untuk kita terima. kadang2 kita yang kene marah nih pun balas dengan kemarahan jugak. so bila marah + marah = ??? bom meletup la gamaknye. then, mulalah timbul kebencian. berlaku perbalahan.



dan bila kita dalam keadaan marah nih, lupa sume perkara yang baik , ingat yang buruk je, then keluar kata2 maki hamun pastu bila reda mulalah menyesal. see, bila kita marah fikiran kita pun tak rasional tika tuh.





so, ini yang saya tahu lah cara untuk kita mengatasi dan mengawal kemarahan kita :

1. istighfar banyak2
2. ambil wuduk kerana air dapat memadamkan api kemarahan
3. bila kita tengah marah dalam keadaan berdiri, kita duduk
4. bila kita tengah marah dalam keadaan duduk, kita baring
5. diam. tak perlu berkata-kata
6. tarik nafas dalam2
7. then try senyum
8. kadang2 saya cari sesuatu yang lawak. bikin ketawa gitu. 





yang tuh bila kita tengah marah, macam mana pulak kita nak hadapi orang yang tengah marah atau orang yang kita dah tahu memang panas baran :

1. jangan buat sesuatu yang boleh menimbulkan kemarahan orang tu. hehe
2. diam. tak perlu bersoal. kalau korang ikut join marah sama alamatnya perang dunia ke-3. yeke? 
3. pegi lari jauh-jauh. senang cite. bila keadaan dah reda, munculkan lah diri korang. ngeh3. 


akhir kata , sabar. tahan. dan kawal marah kita. tak mau marah2. nanti cepat tuuuuaaa. kalau marah kene juuuuaaaal.
3singgit 3singgit 3singgiiitttt !!!

wassalam



   

Friday, August 12, 2011

Yang mencemuh dan dicemuh siapa yang lebih baik ?

bismillahirrahmanirrahim

google

Surah Al-Hujurat Ayat 11-12

Wahai orang yang beriman ! Janganlah suatu kaum (lelaki) mencemuh kaum lelaki yang lain, (kerana) boleh jadi mereka (yang dicemuh) lebih baik dari mereka (yang mencemuh) dan jangan pula perempuan2 (mencemuh) perempuan lain, (kerana) boleh jadi perempuan (yang dicemuh) lebih baik daripada perempuan (yang mencemuh). Janganlah kamu saling mencela antara satu sama lain dan janganlah saling memanggil dengan gelaran-gelaran yang buruk. Seburuk-buruk panggilan adalah (panggilan) yang buruk (fasik) setelah beriman. Dan barang siapa tidak bertaubat, maka mereka itulah orang yang zalim. [ayat 11]


Wahai orang yang beriman ! Jauhilah kebanyakan daripada prasangka, sesungguhnya sebahagian prasangka itu dosa, dan janganlah kamu mencari-cari kesalahan orang lain dan janganlah ada di antara kamu yang mengumpat sebahagian yang lain. Apakah ada di antara kamu yang suka memakan daging saudaranya yang sudah mati ? Tentu kamu merasa jijik. Dan bertakwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Penerima Taubat, lagi Maha Penyayang. [ayat 12]





 ~ > kita ditegah mencela antara sesama mukmin kerana orang mukmin itu ibarat satu badan.

~> panggilan yang buruk ialah gelaran2 yang tidak disukai oleh orang yang digelarnya dengan gelaran itu.


wassalam




Wednesday, August 10, 2011

Masa terlalu cepat atau kita yang terhegeh-hegeh?

bismillahirrahmanirrahim

google


kenapa kdg2 kita rasa masa tu terlalu cepat berlalu dan kdg2 terlalu lambat ? masa ada pergerakan lambat cepat ke huh ? bila dia nak cepat dia tambahkan kelajuan dia ? bila dia nak lambat dia kurangkan kelajuan dia tu ? macam tu ? ATAU sebenarnya pergerakan kita nih yang lambat cepat ?

setahu saya masa ada 24 jam je sehari. tak pernah le plak dengar 20 jam atau 25 jam sehari.




penantian 

kita rasa masa tu lambat je berjalan bila kita tak de buat apa2. kita menunggu masa. hemm. contohnya, menunggu masa untuk berbuka. duk tenung je jam tu. 5 minit itu dirasakan macam 5 tahun. betul lah penantian itu satu penyeksaan.  lain pulak dengan orang yang sibuk. sibuk dengan aktiviti. 24 jam yang ada rasa macam tak cukup. kali nih kita rasa masa tu cepat je berlari. sedang sibuk duk buat keje tak sedar pun waktu berbuka. kan2 ?  waktu solat pun. hehe.




situasi dalam dewan exam...
kita dah ditetapkan masa beberapa jam untuk menjawab soalan diberi contohnya 3 jam la. pelajar yang selesai jawab soalan awal dan masanya masih lagi berbaki 2 jam (pergh, 1jam je jawab soklan)  merasakan lambatnya masa nak habis. boring menunggu. alih2 tertidur. ngeh3. lain plak dengan pelajar yang tak sempat pun nak jawab semua soalan dalam masa yang ditetapkan. dia merasakan cepatnye masa habis. then, mulalah konplen masa yang diberi tak cukup. tapi, tak dinafikan ada jugak pelajar yang betul2 menggunakan masa 3 jam yang diberi. soalan semuanya dijawab. minit2 yang berbaki digunakan untuk semakan. yang ni boring pun tak, konplen pun tak. relaaaxxx je.





google
so, kat sini bagi saya kelajuan masa tu sentiasa constant. tak penahnya accelerate atau decelerate. kita nih je yang accelerate and decelerate. pilih yang mana kita nak samada kita nak accelerate, decelerate kan pergerakan kita atau kite nak constant je. kalau pegi mana2 ceramah motivasi pun naik jenuh kita duk dengar "manage your time". susun aktiviti kamu mengikut keutamaan. make sure masa kamu itu diisi dengan perkara yang bermanfaat. buat preparation. buat jadual. kan2? memang benda nih je yang selalu keluar. dan itulah yang sebetulnya. (pesan kat diri jugak nih)



jangan salahkan masa yang terlalu cepat atau lambat. salahkan diri yang terlalu slow atau terlalu rush. cukupkan masa kamu. tak de lebih tak de kurang.

^-^
wassalam

Entry lepas : WW#11

Tuesday, August 2, 2011

Doa itu wireless

bismillahirrahmanirrahim

anytime, anywhere kita boleh berdoa. coverage dia luas dan signal bar dia pun sentiasa penuh.

AL-BAQARAH : 186
Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu tentang Aku, maka (jawablah) bahawasanya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila dia memohon kepadaKu, maka hendaklah mereka memenuhi (segala perintah)Ku dan hendaklah mereka beriman kepadaKu agar mereka selalu berada dalam kebenaran


doa itu menunjukkan pengabdian kita kepada Allah. Allah dah tahu apa yang kita mahu. tapi jika kita tidak meminta agak2 Allah akan bagi ? doa menunjukkan pergantungan kita kepada Allah. segala rezeki/nikmat yang kita terima datang dari Allah. semuanya Allah yang bagi. jangan kita sombong, ego dengan tidak berdoa.  doa itu senjata kita seorang mukmin. tambah pulak dalam bulan Ramadan nih, banyakkan memohon keampunan dan minta jauh dari api neraka.


Asha : korang lebih kurang 2 jam lagi nak berbuka. Selamat Berbuka Puasa ! =)

wassalam

Entry lepas : Tawarih dan terawih


Sunday, July 31, 2011

Mampu ke aku nak khatamkan satu al-quran sepanjang Ramadhan?

bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum korang! esok dah nak pose daahh. korang dah ready ke? apa plan korng sepanjg bulan ramadhan nih?  well, korang semua pun mesti dah tahu en bulan ramadhan nih adalah salah satu bulan yaaang baaaaanyak kelebihannya. setiap amalan kebaikan yang dilakukan dlm bulan Ramadhan akan diberikan ganjaran beerrrlipat kali ganda.


bila dtg ramdhan nih teringat pulak kat sekolah dulu (tak habis2 ngan sekolah) mesti ada aktiviti yang dirancang. salah satunya majlis khatam quran. sape2 yang dapat khatamkan quran dalam bulan ramdhan tuh akan diberikan hadiah . so, saya terfikir macam mana nak khatamkan quran dalam sebulan ramadhan tuh. saya sorang nak kene baca 30 juzuk. kalau ikutkan sebelum nih berbulan-bulan nak habiskan 30 juzuk tuh. inikan pulak nak kene habiskan 30 juz dalam sebulan. ish, macam susah la nak khatamkan quran dalam tempoh sebulan Ramadhan nih.




setiap kali lepas baca quran mesti tgk berapa ratus helai lagi nak kena baca. so, terdetik la dalam hati "tebal lagi nih, sempat ke tak aku nak habiskan. aku kena spend masa yang banyak untuk khatam nih" dan saya akui saya pun bukannye rajin sangat pun. kdg2 benda macam nih lah yang menyebabkan kita susah nak baca quran dan khatamkan quran tuh sendiri.


dan paaadaaa suatu hari, saya telah temui cara yang terbaik. (terbaik bagi sayalah)


so, ini cara yang saya selalu buat :


kita semua dah tahu yang satu quran tuh ada 30 juzuk. so, nak khatamkan quran tuh dalam masa 30 hari mestilah kita kena baca 1 juzuk sehari en. 1 juzuk = 10 helaian = 20 pipi@muka. hehe. dan dalam sehari kita menunaikan 5 waktu solat fardu . so, setiap kali selesai solat fardu ambillah masa beberapa minit untuk baca 4 muka = 2 helai Quran.

conclusionnye :
2 helai @ 4 muka Quran/solat fardu X 5 solat fardu/sehari = 10 helai @ 20 muka Quran/sehari


10 helai @ 20 muka/sehari = 1 juzuk/sehari


1 juzuk/sehari X 30 hari(sebulan) = 30 juzuk 


30 juzuk = 1 Al-Quran


1 Al-quran = korang khatamlah! huhu

anda FAHAM??? (equation ntah apa2)




so, dengan buat cara nih, tak delah terbeban sangat pun. kita rasa macam ringan je nak baca Quran. tak delah rasa macam malas sangat en. alhamdulillah, bila buat cara nih paling malas pun dalam masa 3 bulan @ 2 bulan sekali saya dapat khatam Quran. dan cuba imagine dalam setahun berapa kali korang khatam? takdelah buat simpan je Quran tuh dalam almari. kita tak perlukan masa yang lama pun sampai sejam dua jam untuk sekali baca Quran nih. paling kurang pun ambik masa 5 minit je selepas solat. biar lah sedikit tapi berterusan. korang faham en?




tambah2 dalam bulan ramadhan nih. mampu je untuk khatamkan Quran tuh. bagi perempuan, memang ada masa ehem2 la en dan semestinya tak cukuplah 30 hari korang. tapi tak mustahil untuk habiskan dalam bulan Ramadhan nih.  maksudnya korang boleh cuba baca 2 juzuk/sehari. korang kene pandai2 lah bajet masa ehem2 korang tuh. hendak seribu daya, tak mahu seribu dalih. lalalala.






apa2 pun baca quran tuh dengan betul tajwidnya lah. nih baca quran sebab nak kejar masa untuk khatam. tak maulah macam tuh. khatam khatam jugak, kalau boleh cubalah fahami ayat2 quran tuh. rajin2 kan diri baca terjemahan dah jugak tafsir ayat tuh. dan berharap lah jugak agar korang teruskan baca Quran even Ramadhan dah habis. bulan2 lain pun korang bleh je apply cara nih...hehe. =)


Akhir sekali Selamat Menjalani Ibadah dalam bulan Ramadhan nih. (tak mau ucap lagi selamat hari raya sebab pose pun blum start lagi.)
chowwww

Asha : Pose lepas 2 hari je ganti. Berharaplah jugak agar pose kali nih penuh. huhu 

wassalam    


Entry lepas : ST#2


Tuesday, July 26, 2011

Haaa, ini Allah berpesan kepada perempuan

bismillahirrahmanirrahim


ingat lagi dulu time sekolah subjek pend.syariah islamiah (ish, tak habis2 time sekolah), time tuh seingat saya kitaorg berbincang bab nikah kawin.(tau mesti topik nih ramai tak tido dlm kelas en. hehe.) ustazah sentuh la pasal aurat perempuan masa tuh. dan dia pun tanya :

ustazah : apakah dalil atau bukti atau ayat yang Allah bercerita tentang aurat perempuan?(mcm ni lah lebih krg soalan ustzah. tak ingat sgt.)

pada masa tuh semua org senyap, then saya pun bagitau jawapan :

Asha : surah An-Nur ayat 31! (time tuh tak delah jerit kuat sangat sbb dah duk depan, tapi satu kelas la dgr. hehe)

lepas tu ustazah pun cakap BAGUS ASHA! beri satu tepukan utk asha! senyum je la time tuh. hehe. lepas tu ustazah pun teruskan dengan penerangan dia lah.

ok. abaikan cerita kat atas tuh. cerita nak perasan je tuh. tak bagi tau pun tak pe sebenarnya. tapi tak pelah saje je. buat intro. tapi itu cerita benar yer. hehe.



SURAH AN-NUR AYAT 31 :
Dan katakanlah kepada para perempuan yang beriman, agar mereka menjaga pandangannya dan memelihara kemaluannya, dan janganlah menampakkan perhiasannya (auratnya), kecuali yang (biasa) terlihat. Dan hendaklah mereka melabuhkan kain tudung hingga ke paras dadanya dan janganlah menampakkan perhiasannya (auratnya), kecuali kepada suami mereka atau ayah mereka atau ayah suami mereka atau putera-putera mereka atau putera-putera suami mereka atau saudara-saudara lelaki mereka atau putera2 saudara2 perempuan mereka atau para perempuan (sesama Islam) mereka atau hamba sahaya yang mereka miliki atau para pelayan lelaki (tua) yang tidak mempunyai keinginan (terhadap perempuan) atau anak2 yang belum mengerti tentang aurat perempuan. Dan janganlah mereka menghentakkan kakinya agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan. Dan bertaubatlah kamu semua kepada Allah, wahai orang yang beriman, agar kamu beruntung.


so, renung-renungkan wahai kaum perempuan sekalian. Allah dah berpesan pada kita. pesanan ini adalah satu perintah kepada kita. selamat beramal. =) (peringatan buat diri juga)

wassalam

Entry lepas : hidup kita macam buat math ? 


Monday, July 25, 2011

hidup kita macam buat math

bismillahirrahmanirrahim

add math, math & fizik adalah subjek yang saya suka kat sekolah dulu walaupun markah ujian selalunya tak de lah tinggi mana pun. heee. apa yang buat saya suka dengan subjek tu sebabnya subjek tu adalah subjek yang berkaitan dengan penyelesaian. subjek yang membuat kita berfikir macam mana nak dapatkan jawapan. very interesting. tak boring.



satu soalan yang simple tapi mempunyai banyak jalan kira hanya untuk mendapatkan SATU jawapan. dalam nak mendapatkan jawapan ada yang menggunakan jalan kira nya panjang berjela baru boleh dapat jawapan. ada jugak yang pakai cara yang simple, kejap je dah siap. well, ada jugak soalan yang kita tengok panjang berjela dengan bermcm nombor siap berhuruf lagi tapi tengok2 jalan kira nya senang je.




hidup kita nih macam buat math. setiap masalah yang kita dapat mesti ada jawapannya. cara nak dapatkan jawapan banyak juga caranya. bergantung pada kita. cara senang dan jugak cara susah. jika cara atau jalan kira yang kita buat itu adalah betul maka insyaAllah dapat jawapannya tak kira cara panjang atau pendek, susah atau senang.

math is interesting and life too. =)

life is complicated like math but life is easy like math too. betul ke? hehe.


Asha :
premis 1 : saya suka math
premis 2 : math jugak suka saya
conclusion :  saya dan math bercinta. haha. XP


wassalam

Entry lepas : kita


Sunday, July 24, 2011

<...kita...>


bismillahirrahmanirrahim


kita sering mahukan hari yang cerah...
tetapi Allah lebih mengetahui,
hakikatnya hujan perlu diturunkan...
kita sering inginkan KESERONOKAN...
jauh sekali KESUSAHAN...
tetapi Allah lebih mengetahui, 
kesusahan itu yg mengajar kita erti kehidupan...
kita sering menginkan KETENANGAN...
hakikatnya diri ini penuh dgn dusta n KEJAHATAN....
tetapi manusia tdk dpt lari dari KESILAPAN...
semua itu bukanlah satu hukuman,
tetapi sbg tanda KASIH dan SAYANG Allah 
agar kita lebih beriman...

wassalam




Saturday, July 23, 2011

seseorang itu akan berterusan buat salah

bismillahirrahmanirrahim

masih saya ingat lagi time skolah2 dulu memang selalu kene tegur dgn cikgu sebab buat salah. buat latihan salah kene tegur. buat perangai tak betul sket kene tegur. kita pergi sekolah ni memang untuk menerima teguran dari cikgu2 en. setiap kesalahan yg kita buat diperbetulkan. jika kita tidak ditegur agak2 nya macam mana kita ek sekarang?

kita ni manusia. tak terlepas dari kesilapan.


sape yang perasan dia hebat dan teliti

kita dikelilingi manusia2 lain yang pelbagai ragamnya. pelbagai kerenahnya. selama kita hidup sudah tentu mata kita pernah melihat mereka2 yang membuat kesilapan. sedang kita memerhatikan mereka, pernahkah terlintas di fikiran kita, "adakah dia sedar yang sebenarnya dia tengah melakukan kesilapan?". atau yang terlintas di fikiran kita yang macam nih, "apa ke bodoh dia nih" atau "asal dia nih bengap sangat" atau apa2 lah yang sewaktu dengannya. 





so, saya terfikir selagi mana seseorang itu tak diberitahu yang dia sebenarnya tengah buat kesalahan selagi itulah dia akan berterusan melakukannya. dan selagi itu jugak kita yang berada di sekeliling dia akan rasa tak sukalah. dia menyangka masyarakat sekeliling bersetuju dengan apa yang dibuat. kan2?


(bagi mereka yg dah sedar apa yg dia buat tuh salah tapi tak berubah jugak <---- yang ni kategori dogil!) 


Asha : klu korang jumpa orang yang korang tak kenal ada nasi kat muka dia, korang tegur tak? hemmm.


wassalam




  

Sunday, July 17, 2011

Anda sememangnya hebat

bismillahirrahmanirrahim

kata-kata dari seorang kawan :

anda hebat bukan kerana DI MANA anda belajar tapi anda hebat kerana DIRI anda sendiri



kagum dengan ayat tuh dan memang betul pun. kehebatan sebenar kita bukan di ukur di mana tempat kita belajar tapi di ukur dari kehebatan kita sendiri. if kita berada di tempat yang hebat sekalipun tapi kita tak menunjukkan prestasi yang hebat tak de apa yang nak dibanggakan kat situ.


wassalam


Friday, July 15, 2011

Mesti Baca nih !!!

bismillahirrahmanirrahim


Seseorang yang berniat ingin bertaubat pada 12 haribulan meninggal pada 11 haribulan


moga kita tidak tergolong di kalangan yang macam nih.
=)

wassalam


Monday, July 4, 2011

♥ Life is blessing and comes with a purpose ♥

bismillahirrahmanirrahim

kesenangan dan kesusahan adalah dua bentuk ujian dari Allah swt untuk menguji dan menentukan ketinggian dan kerendahan level, darjat atau martabat kita sebagai manusia di sisi Allah swt.  




ramai yang tak sedar sebenarnya kesenangan tu jugak adalah satu bentuk ujian daripada Allah swt. kebanyakan orang fikir hanya kesusahan je bentuk ujian dan dugaan yang datang. dunia sebenarnya adalah medan ujian buat manusia. kesenangan dan kesusahan di dunia adalah jalan kepadanya untuk meraih ganjaran yang kekal.





kesenangan yang Allah nikmatkan kepada setiap hambaNya adalah semata-mata untuk menguji tahap mana kesyukuran seseorang hamba Allah itu. adakah dia akan leka dan lalai dengan nikmat yang diterima? atau berterima kasih dan mengingati yang bahawa kenikmatan yang dia terima itu datangnya dari Allah dan dia berterusan mengerjakan kebajikan? di sini minta dijauhkan (nau'zubillah) agar kita tidak tergolong dalam golongan Istidraj.






datangnya kesusahan atau bala kepada seseorang hamba itu bukanlah tandanya Allah swt membenci tetapi itu adalah tanda kasih Allah kepada hambaNya. mungkin kesenangan yang kita terima itu telah melalaikan kita jadi Dia menimpakan kesusahan kepada hambaNya untuk memberi peringatan dan loceng amaran. dari situ kesabaran kita diukur. Allah swt mahu melihat sejauh mana hambanya menerima, reda dan menghadapi musibah yang menimpa. dan kembali mengingatiNya.



Allah swt akan menambahkan rahmat dan kasih sayang kepada hambanya melalui ujian. untuk mengukur tahap mana keimanan seseorang hamba itu juga Allah swt datangkan ujian.

"Apakah manusia itu mengira bahwa mereka dibiarkan (saja) mengatakan: "Kami telah beriman", sedang mereka tidak diuji lagi?" (Al-Ankabut : 2)


jadi, apa2 pun semua itu datang dengan bersebab. terkandung hikmah disebaliknya. 
hidup ini sememangnya satu rahmat dan datang dengan bersebab.
sebabnya adalah beriman kepada Allah swt semata-mata dan mendapatkan tempat di syurgaNya.



wassalam


Sunday, July 3, 2011

sometimes sadness realised me

bismillahirrahmanirrahim


kadang-kadang bila kesedihan datang singgah dalam diri kita 
membuat kita duduk termenung berfikir


berfikir setiap perbuatan yang pernah kita lakukan
samada betul atau salah
muhasabahkan diri kita, menghitung kembali kebaikan dan keburukan yang dilakukan
bandingkan


  

dalam keadaan kita sedih, saat itulah hati kita tersentuh. 
membuat kita sedar dari kelalaian.
kembalikan kita ke jalan yang benar.

wassalam

Tuesday, June 28, 2011

dont expect too much

bismillahirrahmanirrahim

 Previous Entry : gunakan segala apa yang anda miliki

mengharapkan terlalu banyak dari org lain. mengharapkan org lain akan bagi balik sebanyak mana yg kita bagi. kadang2 itu yang memakan diri kita bila apa yang kita dapat tak seperti yang kita harapkan...tak seperti yang kita impikan...tak seperti yang kita mahukan.


dalam kita memberi tak dinafikan kita mengharapkan pulangan. namun, masalahnya di sini apabila pulangan yang kita dapat tidak seperti yang kita harapkan. mulalah diri mempersoalkan :~

gunakan segala apa yang anda miliki

bismillahirrahmanirrahim

Previous Entry : Kisah Brownies

kdg2 bila terlampau melihat akan apa yg org lain miliki, kita lupa dengan apa yg kita miliki. keinginan memiliki apa yg org lain miliki membuatkan kita tak sedar benda yg kita sedia miliki. (haih...terbelit2 lidah ni bila baca). tapi itu memang realiti pun. satu perkara yg tak dinafikan jugak.
 
Anda menjadi JUARA apabila anda melihat kepada apa yang anda MILIKI. 

bila renungkan ayat tuh. ada betulnya jugak en. tak perlu terlampau nak menjadi seperti seseorg tu bila nak berjaya. gunakan segala benda yang ada pada diri kita utk berjaya. jadi diri sendiri. dan itu membuatkan diri kita lebih selesa.

"tapi untuk berjaya kita jugak perlu lihat dan ambil contoh orang yang berjaya." ya...itu betul. tak salah untuk kita ambil contoh org yang telah berjaya...namun perlu kita sedari jugak kemampuan setiap org itu berbeza. jadi ambillah contoh mereka yg berjaya ikut kadar kemampuan yg kita ada.

so, dapatkan cermin...lihat pd diri kita. then, senyum pada diri anda. wah! betapa manisnya korg bila senyum...kan..kan???hehehe

gunakan segala apa yg anda miliki untuk berjaya disamping itu cari juga penambahan dalam usaha yg anda sedang lakukan.

cute je kan budak nih bila dia yakin mcm ni. and saya pun pasti gak mereka2 yg yakin kat luar sana pun cute gak. hehe. kepada mereka yg nak nmpk cute mcm nih boleh lah tiru gaya ni. tak pun myb korg ada gaya yg lebih cute kot. COMEL je.

wassalam


Monday, June 27, 2011

KISAH BROWNIES~

bismillahirrahmanirrahim

Previous Entry : Aku Terunggul


~kisah brownies yang dimasak ayah tersayang~

Dua orang remaja meminta kebenaran ayahnya untuk pergi menonton filem yang sudah ditonton oleh semua rakan-rakan mereka. Namun selepas membaca sedikit review filem itu di internet, ayah mereka menolak permintaan mereka.
“Ah ayah, kenapa tak boleh?” gusar si adik. “Ia dilabel 18-SX, tapi kam......i berdua dah pun lebih dari 18 tahun!”
Ayahnya membalas, “Ini kerana filem itu terdapat aksi-aksi yang tidak bermoral dan tidak patut ditonton oleh masyarakat umum.”
“Tapi ayah, itu cuma sebahagian kecil daripada filem itu! Kawan-kawan kami cakap, filem itu ada 2 jam, tapi aksi-aksi itu hanya beberapa minit saja! Filem ini ada banyak pengajaran yang lebih besar, seperti kemenangan kebaikan di atas kejahatan, pengorbanan, dan keberanian. Review di laman web filem juga ada mengatakan demikian!”
“Jawapan ayah ialah “tidak” dan ini adalah muktamad. Kamu boleh ajak kawan-kawan kamu datang ke rumah malam ini dan menonton video-video yang ada dalam koleksi video keluarga kita. Tapi kamu tidak boleh pergi menonton filem itu. End of discussion.”


 

Kedua-dua anak itu berjalan dengan muka masam mencuka ke ruang tamu dan duduk di atas sofa. Sambil membayangkan wajah pelakon filem yang tidak akan mereka tonton, mereka terdengar bunyi dari dapur; seperti bunyi ayah mereka menyediakan sesuatu. Tidak lama kemudian mereka mengecam bau aroma brownies sedang dimasak di dalam oven, dan si abang berkata kepada adiknya,
“Ayah mesti rasa bersalah, dan sekarang dia hendak mengambil hati kita dengan brownies tu. Mungkin kita boleh lembutkan hatinya dan memujuknya untuk benarkan kita pergi ke wayang menonton filem itu.”
Kedua-dua remaja itu tidak kecewa. Tidak lama kemudian, ayah mereka muncul dari dapur dengan satu pinggan brownies yang masih panas dari oven, dan memberinya kepada kedua orang anaknya. Kedua-dua mereka mengambil satu brownies.
Kemudian si ayah berkata, “Sebelum kamu semua makan, ayah nak cakap sesuatu. Ayah sayangkan kamu berdua.” Kedua-dua remaja itu saling berpandangan antara satu sama lain dengan senyuman penuh makna. “Ayah dah lembut hati,” bisik hati mereka.
“Itulah sebabnya ayah membuat brownies ini menggunakan bahan-bahan yang terbaik. Hampir kesemua bahan adalah organik; tepung organik yang terbaik, telur ayam Omega-3 gred A, gula organik yang terbaik, Vanilla Premium dan coklat yang paling enak.”
 

pakcik Google bagi
 

Sunday, June 26, 2011

Aku Terunggul

bismillahirrahmanirrahim


kerana aku punya Tuhan yang TERUNGGUL

yang menurunkan Kitab yang TERUNGGUL
kepada Nabi yang TERUNGGUL
melalui Malaikat yang TERUNGGUL
pada Hari yang TERUNGGUL
pada Malam yang TERUNGGUL
pada Bulan yang TERUNGGUL
kepada Ummat yang TERUNGGUL

jadi AKU merupakan Manusia yang TERUNGGUL

bersyukur dengan apa yang dimiliki



Saturday, June 18, 2011

Pandangan Pertama

bismillahirrahmanirrahim

Previous entry : Sudah bersedia ke belum?


Pandangan pertama atau dgn nama glamournya First Expression. mengenali seseorg yg tak pernah dikenali sebelum ini dan sudah tentulah pandangan pertama kita pada seseorg yg baru dikenali itu ada. kalau pergi mana2 tempat yg mempunyai ramai org mcm mall or somewhere else la kan mesti ada pandangan atau penilaian kita sendiri pada seseorg. tipu lah kalau kita kluar pergi mana2 tak penah menilai mereka yg berada di sekeliling kita. tidak ketinggalan jugak dalam dunia internet nih. dgn facebooknya, blog2 dan mcm2 lagi lah. yg kita nmpk hanyalah gmbr2 atau foto2 yg mungkin telah diedit dan juga sedikit maklumat tntg si dia.



tanggapan pertama kita pada seseorg lebih berkisarkan pada fizikal, tutur bicara dan juga perilaku si dia. semua ini lebih menjurus kepada sudut luaran seseorg kan. sudut yg mana hanya nampak pada mata kasar kita.





Thursday, June 16, 2011

sudah bersedia ke belum?

bismillahirrahmanirrahim

previous entry

sedar atau tidak diri skrg dah makin dewasa. boleh beza mana baik buruk. dah boleh membuat keputusan sendiri walaupun kdg2 ada bantuan dari org lain jugak. tapi itu adlh satu cara kita juga dalam membuat keputusan kan.  makin meningkat dewasa makin banyk perkara yg perlu dihadapi. bnyk lagi bnd2 baru yang akan dtg singgah dalam hidup kita selagi nyawa masih lagi dikandung badan. nak tak nak kene hadapi jugak.


setakat mana persediaan kita utk semua tu.???


wassalam


Wednesday, June 15, 2011

Wordless Wednesday #2 : Mana Lebih Tinggi

bismillahirrahmanirrahim



 p/s : buat Cik Tedy ini hanya gurauan semata-mata. Mengimbau kembali saat ini.
 

Wordless Wednesday #1

bismillahirrahmanirrahim



 Fan page #WW

ZZzzz


Tuesday, June 14, 2011

kelebihan letak duit merata-rata=hilang

bismillahirrahmanirrahim

selamat sejahtera hendaknya kpd yg membaca, 

 haaa...hari ni nak cerita bab duit. nak dikatakan duit teramatlah pentg skrg. klau takde duit alamatnya susahlah hidup. yelah apakan daya semua bnd nak kene pakai duit. tu yg smpai snggp gadai segala yg ada.


pakcik google bagi

 entry ni wujud gara2 mengemas bilik pg td.(saya ank dara yg bgs!..perasan sekejap). apabila mengemas bilik, segala jenis harta karun khazanah bagai akan dijumpai. tp ini adalah harta yg tak disangka2 akan terjumpa. DUIT. sdg kemas2 bilik blh jumpa duuuiiiiitttttt...korg ada? klau setakat seposen duapuluhsen i takkan bg tau le/show off(seposen pun duit gak..takde seposen takkan cukup 1juta!). tp myb RM100++ sket kot bg korg. tapi tak kisah...bnyk bg diri ini.

Monday, June 13, 2011

malu dan takut...?

bismillahirrahmanirrahim

sedang melihat kipas di siling sedang berpusing.*so what huh?. tak de kaitan langsung* Hatiku Milikmu sedang berlagu di telinga. *yg ni pun sama. takde kaitn. jiwang jap.hehe.*



 MALU dan TAKUT

Sunday, June 12, 2011

lover yang paling romantik ! syukur sangat2 !

bismillahirrahmanirrahim

A : "weh kau tahu tak boyfriend aku call aku 3 kali sehari,love of my life (sambil buat muka minta kaki)"
B : "oh really? lover aku call aku 5 kali sehari (buat muka bangga)"
A : bestnya,banyak credit lover kau.
B : taklah ni connection wire-less
A : (buat muka tak puas hati) hmm pukul berapa dia call?
B : subuh,zohor,asar,maghrib and isya'.nak romantik aku pulak call Dia pukul2-3 pagi macam tu





ouch !. panas2 !. 
awww...sukanye dpt lover mcm tu. senyum melebar. korg faham apa yg dimaksudkan?. 
nak kekasih yg paling romantik? hehe..ade je. Dia sentiasa ada untuk dirimu. 


pendek je tapi padat dengan apa yg nak disampaikan. just nak share le ngan korg apa yg terjumpa kat fb ni.






wassalam




  

Thursday, June 9, 2011

memang tak suka...menyusahkan betul bila nak beli pad

bismillahirrahmanirrahim


lebih seminggu blog tak diupdate kan. hehe. hari ni...alhamdulillah, berpeluang jugak. ok. now, masuk tajuk. sangat2 tak suka...menyusahkan betul. bikin panas je. *dan bilik skang pun terasa agak panas jugk.





nak dijadikan cerita. hari ni keluar rumah jugak pegi jln2 ngan member. biasalah jumpa kwn lama. dia blanja mkn. org kate rezeki jgn ditolak. dah org nak blanja...dgn rasa berbesar hati yg sgt2 sudikan diri utk dibelanja. tertunai hasrat dia tuk blanje kite yer. dah la dia yg mai amik kat umah. alahai, anak sape le tuh...baiknyer, murah hati btl. tp part nih kite mmg suka dan tak menyusahkan.


Wednesday, June 1, 2011

sometimes family are like strangers

bismillahirrahmanirrahim


pagi yg nyaman. setelah buat last touch up td tuk bilik pengantin...meluangkan masa untuk menaip satu entry pagi ni.


sometimes family are like strangers. walaupun agak pelik bila membacanya. tapi tak dinafikan itu berlaku. mereka yg ada hubungan darah dgn kite tapi berasa asing bila di sisi. kekok bila bersama. baru diri ini sedari masih ramai saudara mara yg belum mesra. teringt pendapat seorg guru yg komunikasi itu penting dalam menguatkan hubungan keluarga. applying it.

don't let it be. sometimes family are like strangers.  



get ready tuk majlis hari ni. nak pi iron tdg.
done.

 wassalam

Monday, May 30, 2011

masalah yang melanda memberi peringatan pada kita

bismillahirrahmanirrahim

bising dengan bunyi mesin rumput kat tepi umah atuk nih. buat persediaan tuk majlis kesyukurn kawen pakcik lusa nnt. suka tgk bdk2 main kat bwh tu. gelak2. hepi je.bersuka ria. jerit2. teringt time kite kecik2 dulu. skang umur makin meningkat. dah besar rupenye aku *tak de la besar sgt. hehe*. kehidupn sekrng dah tak sama mcm time kecik2 dulu.


makin meningkat umur makin mencabar hidup nih. time kita kecik just pkir nak main je. tak berdepan dgn pelbagai mslh wlpn kdg2 masalah ada juga menimpa tp belum masih memikirkan itu sbg masalah. skrg bila dah besar lain pula. bila kita dah mula pandai berfikir.


Thursday, May 19, 2011

air mata yang mengalir ketika kita menangis

bismillahirrahmanirrahim


setiap kali ada masalah atau hati tak senang duduk diam kite akan cuba menangis. masuk bilik kunci pintu ketat2 atau cari tempat yg sunyi tak de org sekeliling dan menangis puas2. ambik masa kejap je tuk menangis tak yah lama2. then diri ini boleh senyum balik lepas tu. lap pipi yg dah basah dgn air mata tu pegi basuh muka nak cover le sket, tak nak kasi org tau yg kite br lepas nangis. rasa lega sbb beban dah berkurang sket. itu yang selalu kite buat.






air mata perasaan iaitu air mata yang mengalir ketika kita menangis. menangis dapat melegakan hati yg kadang2 tak berapa nk stabil. hati yg gundah gulana. bila kita menangis ketidakenakkan yg hadir dlm hati kita turut tumpah mengalir sebagai air mata. rasa sakit yg kita rasakan tu berkurang. perasaan menjadi lebih ringan serta pemikiran kita lebih jernih dan boleh berfikir dengan lebih rasional untuk mnghdapi masalah yg melanda diri kita.



Wednesday, May 18, 2011

orang yang sombong

bismillahirrahmanirrahim


mencari kesegaran ibarat bunga yang mekar







Banyak yg KAYA lupa pada Allah, banyak yg MISKIN jauh dr Allah,


Banyak yg SIHAT lari dr Allah, banyak yg SAKIT meninggalkan Allah,


Itulah org yg SOMBONG kpd Tuhannya, Tidak kenal kepada Allah,


Ingatlah wahai manusia semua kan kembali pada Allah,


Ingatlah wahai manusia hidup matimu di tangan Allah.




wassalam


Sunday, May 15, 2011

power of mind...and action

bismillahirrahmanirrahim













NORMAN VINCENT PEALE QUOTES



Wednesday, May 11, 2011

peluang hidup

bismillahirrahmanirrahim


setiap orang diberi peluang dalam hidup mereka. peluang yang perlu kita hargai adalah kita masih lagi diberi peluang untuk bernafas...peluang untuk hidup. jadi dengan peluang yang masih ada ini jangan kita lepaskan peluang lain yang hadir dalam hidup kita. ambillah peluang itu, supaya nanti kamu tidak akan menyesal.





Wednesday, May 4, 2011

How high is your self-esteem

bismillahirrahmanirrahim


mengupdate blog pada jam 1.17 pg. baru je selesai menghabiskan satu buah novel. habis semua gelak2 n senyum sorang2. sape2 yang tengok memang akan fikir budak ni dah bermasalah dah. aci nak senyum and gelak sorang2 je. apa boleh buat. dah baca novel en. bagi reaksi le klu dah memang menggelikan hati.
sebelum start baca novel tadi, trylah satu kuiz ni " How high is your self-esteem ". macam menarik je. saje je nak try quiz tu. nak tengok takat mana en kite punya tinggi self-esteem ni. jawab segala soklan yang diberi dan ini adalah resultnye

Monday, May 2, 2011

my heart belongs to...

bismillahirrahmanirrahim

I'VE DECIDED THAT





Saturday, April 30, 2011

Love Letter from HIM

bismillahirrahmanirrahim...

setiap kali hati ini resah...apa yang akan dilakukan.?  
luahan itu adalah salah satu caranya. melepaskan segala yang terbuku di hati. luahkan pada seseorang yang mungkin selesa untuk kita ceritakan padanya perasaan kita. luahkan pada kertas dengan lakaran yang mungkin dapat menggambarkan perasaan kita, luahkan melalui bait-bait lagu yang mungkin dapat melagukan perasaan kita. 



Friday, April 29, 2011

sesuatu yang membuka minda ku

bismillahirrahmanirrahim



perkataan baik sememangnya dapat membuat orang menerima apa yang hendak kita sampaikan kepada mereka. perkataan yang kasar sememangnya agak susah bagi sesetengah orang untuk menerima apa yang kita hendak sampaikan walaupun niat kita untuk menyedarkan si dia. kadang-kadang itu lebih menyakitkan lagi hati mereka.

Friday, April 22, 2011

"PENULIS SENJA TERAKHIR"

bismillahirrahmanirrahim...



Terima kasih buat cik Yana...kerana telah mengTag saye yer...
actually agak takut nak masuk contest ni...sbb this is my first time masuk contest...hehehe...
tapi x rugi kan klu cuba...menang alhamdulillah...hadiah dia pun lumayan gak...klu kalah pun isi masa lapang la katakan...


hemmm...kenapa kite nak join contest ni???
sebabnya kite rasa ini satu contest yang menarik...dapat mengasah bakat yang terpendam...kdg2 kite sendiri pun tak sedar bakat yg kite ada...btl tak?...menghasilkan karya bukan lah satu benda yang mudah...namun apa salah nya mencuba...


jadi...sape2 yang nak join contest ni sila klik ( LINK ) ini...cepat2...
all the best!!!


sekarang ni kite nak tag 3 kawan kite yang lain:


cik Fizah
dik Dayah Shuk
cik Tiqah




so...inilah hasil karya ku...

kawan
teringat daku saat perkenalan pertama kita
segan silu bertanyakan nama
di situlah titik bermulanya persahabatan kita
di situlah titik bermulanya kisah kita

kawan
teringat daku saat kegembiraan kita
senyum tawa mu menceriakan hari ku
gurau senda mu menghangatkan hari ku
satu memori yang terpahat kukuh dalam album hidup ku

kawan
teringat daku saat kesedihan yang dialami bersama
setiap kali air mata ku membasahi pipi
dikau lah yang menjadi tisunya
menghilangkan duka yang ku alami

kawan
segala kenangan akan ku simpan sebaiknya
kerana itu adalah sebahagian dari hidupku
kenangan yang menyimpan seribu peristiwa
diolah menjadi satu cerita

kawan
terima kasih kerana mewarnai hari-hari ku
terima kasih kerana menjadi sandaran ku
terima kasih kerana memberi satu memori indah buat ku 
terima kasih kerana hadir dalam hidup ku




winkwink
wassalam


sepahkan rumah dapat mengukuhkan hubungan keluarga

bismillahirrahmanirrahim....

hari jumaat...kat tempat kite cuti...so, my family semua ada...dan hari ini gotong-royong bersihkan rumah...hehehe...best kan?...so,apa lagi sila lah sepahkan rumah anda supaya nanti weekend macam ni semua blh join bersihkan rumah...*tips yg tak boleh pakai*

hari yang macam ni memang best. jarang sekali la kite satu family dapat gather bersama mcm ni. yelah masing2 belajar...tnggl jauh dari family...apakan daya merantau ke negeri org utk menuntut ilmu-...jalan raya yg bengkok bengkok snggp ku jalani, lautan yg luas snggp ku redahi,  langit yg tinggi snggp ku gapaii...-*erk!?*...memang hari yg indah...

memang benar kata maklong kite...ingt lagi apa yg dia ckp bila kite

Tuesday, April 19, 2011

Kita Sebenarnya...

bismillahirrahmanirrahim...

Kita Sebenarnya... 

......lebih gembira menyambut 1 Januari daripada 1 Muharram !


.lebih tahu apa itu 14 Februari daripada 12 Rabiulawal !

.lebih membesarkan hari Sabtu dan Ahad daripada hari Jumaat ! 

.lebih khusyuk mendengar lagu daripada mendengar Azan !

.lebih suka lepak, tidur, tengok TV..dll daripada Solat dan mengaji !


......lebih tahu tentang artis pujaan kita daripada nama nabi-nabi Allah !


.lebih suka menyebut hello! dan hi! daripada Assalamualaikum !

.lebih suka menyanyi dangdut, rap, hip-hop...dll daripada berwirid atau bertahmid !

.lebih suka memuji manusia daripada Tuhan kita sendiri !


......lebih suka membaca majalah hiburan daripada buku-buku agama !


.lebih suka ke konsert, karaoke daripada ke ceramah agama !

.lebih suka memaki, mengumpat orang daripada memuji mereka !

.lebih suka mencarut , @#!*@!! daripada menyebut MasyaAllah !

.lebih suka kemungkaran daripada membuat kebaikan ! 

.lebih bangga dengan kejahilan kita daripada bersyukur dengan keimanan kita !

.lebih cintakan dunia daripada urusan akhirat !

TETAPI bila ditanya arah tujuan kita, kita pasti akan jawab bahawa...

KITA SEBENARNYA......lebih suka menuju ke Syurga daripada ke Neraka !

Layakkah kita dengan Syurga milik Allah???

-- 

tak guna berpelajaran tinggi, kalau akal ditahap kaki
tak guna berdiploma, berdegree, kalau hanya suka berdengki
tak guna bermuka-muka, kalau sekadar menyakitkan hati
tak guna juga berkata-kata, jika hati itu buta..... 

biarlah kita bodoh di depan orang, tapi pandai diakal sendiri.
biarlah kita hodoh di pandang orang, tapi mulia dihati


buka email...message ini telah diinbox oleh makcik ku...terima kasih...
alhamdulillah kerana masih ada yang mengingatkan...
winkwink
wassalam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...