Tuesday, December 28, 2010

mAlu OH MaLU

bismillahirrahmanirrahim

  1. Maksudnya: Daripada Abu Hurairah r.a. Rasulullah s.a.w telah bersabda : Iman itu ada lebih dari 70 cabang atau lebih dari 60 cabang. Sebaik-baiknya ialah kalimah syahadah, dan yang paling rendah ialah membuangkan halangan di jalan. Malu adalah satu cabang daripada iman. (Riwayat Muslim)
  2. Daripada Abu Mas'ud r.a. Rasulullah telah bersabda : "Apa yang sampai kepada manusia daripada kata-kata nabi yang terdahulu ialah : "Jika engkau tidak malu, buatlah apa yang engkau mahu". (Riwayat Bukhari)
  3. Daripada Imran bin Husain r.a. Rasulullah s.a.w telah bersabda : "Malu tidak mendatangkan sesuatu kecuali yang baik". (Riwayat Bukhari dan Muslim)

~ Malu ialah perasaan dalam jiwa yang tidak sanggup membuat sesuatu yang mendatangkan keburukan serta mengelakkn diri dari terlibat dalam perkara yang dianggap tidak baik oleh orang ramai. Perasaan inilah yang memelihara persaudaraan dan perasaan kemanusiaan sejagat dan menyebabkan seseorang menahan diri dari melakukan keburukan dan kedurjanaan.

~ Sifat malu dapat memelihara kehormatan diri dan menjadi asas dalam hubungan kemasyarakatan dan muamalah. Masing2 berpegang kpd janji nilai harga diri yang malu melakukan sesuatu yang bertentangan dgn prinsip2 kemasyarakatan dan muamalah seperti malu menipu timbangan, malu bergaul bebas dan sebagainya.

~ Mereka yang bersifat malu sahaja sanggup memelihara hak dan kewajipan dan menghias dirinya dengan tatasusila hidup yang mulia seterusnya menghindari sifat-sifat mazmumah. 

~ Sifat malu juga melahirkan beberapa sifat mulia yang lain seperti sifat benar, amanah, sifat ingin maju dan sebagainya. Seseorng akan berasa malu apabila dia tidak cemerlang seperti rakan-rakan yang lain. Seseorg yang memiliki sifat malu tidak akan merokok kerana perbuatan itu boleh merosakkan kesihatan.

~ Jangan tersalah faham dalam memahami pengertian malu sehinggakan membawa kesan buruk seperti malu nk tny guru menegenai pelajaran, malu menyatakan kebenaran dan sebagainya. Malu seumpama ini adalah dilarang sama sekali. 

~ Malu yang sebenar adalah malu yang membawa kepada kebajikan dan kemuliaan seperti malu melakukan dosa dan maksiat, malu tdk mendengar nasiht guru, malu tidak menepati janji, malu tidak belajar bersungguh-sungguh dan sebagainya.

~ "Apabila engkau tidak malu buatlah apa yang engkau mahu". Perintah ini bukanlah bermaksud memberi keizinan melakukan sesuatu yang dingini sesuka hati, tetapi adalah sesuatu suruhan yang tersirat di dalamnya suatu amaran yang keras dan ancaman balasan yang buruk. Tak ubah seperti bapa yang memarahi anaknya yang degil " Kalau berdegil juga buatlah apa yang kau suka".

Contoh tiada sifat malu dalam masyarakat hari ini :
  • Dalam soal akidah terdapat golongan yang tidak segan silu melakukan pekerjaan syirik kepada Allah. Mereka sanggup melakukan apa sahaja perbuatan syirik seperti pergi ke tempat keramat mendapatkan sesuatu hajat.
  • Dari segi ibadah ada golongan yang terang-terangan melanggar perintah kewajiban beribadah seperti tidak solat, tidak puasa, tidak berzakat, dan ada juga segelintir manusia tidak mahu mnunaikan haji walaupun mereka berkemampuan.
  • Ada di kalangan muda-mudi dan juga dewasa secara terang-terangan melanggar tatasusila Islam dengan meniru pergaulan, perlakuan, tindak-tanduk, pemikiran dan cara berpakaian barat yang tidak sesuai dengan Islam. Ini melahirkan golongan yang tidak sopan, biadab, tidak malu mencabar masyarakat dengan tindak-tanduk mereka yang menjijikkan. Timbulnya gejala ini disebabkan kurangnya didikan agama.

Intipati :
  • Sifat malu ialah satu cabang bagi kesempurnaan iman.
  • Sifat malu itu dapat menjadikan seseorg bermaruah.
  • Sifat malu adalah asas bagi kemuliaan akhlak individu muslim.
  • Orang malu akan beroleh kebaikan, kemajuan, serta kemuliaan hidup di dunia dan akhirat.
  • Sifat malu bermaksud malu melakukan maksiat bukannya malu dalam menyatakan kebenaran dan mencari ilmu.

PEREMPUAN MEMANG TAK GUNA....

bismillahirrahmanirrahim


Saya percaya bahawa apabila anda mula-mula membaca tajuknya, dan membacanya mengikut intonasi yang betul, anda tersangat tidak bersetuju. Sebelum anda mengatakan rasa tidak puas hati itu, eloklah dahulu bertenang dan baca dengan teliti semua fakta yang dikemukakan. Jika ada mana-mana point yang tidak tepat, sila betulkan saya.

1.Perempuan itu tidak guna kain yang nipis untuk membuat bajunya, sehingga terbayang kulitnya. Kerana dia tahu, bahawa pakaian seperti itu adalah pakaian yg layak dipakai oleh perempuan jalang.

2. Perempuan memang tidak guna rantai kaki yang berloceng utk dililitkan pada kakinya. Rantai ini apabila dipakai walaupun tersembunyi tetap bergemerincing dan menarik perhatian orang lain, lebih-lebih lagi lelaki JAHAT. Dia tahu sekiranya dia memakainya juga dia telah melanggar larangan Allah dalam ayat 31 surah An-Nur.

3. Perempuan memang tidak guna minyak wangi yang baunya semerbak. Wangian sebegini mempunyai kuasa penyerakan bau yang amat tinggi kerana kadar kemeruwapannya tinggi. Biasanya kekuatan bau ini menunjukkan kadar kekompleksan rantai alcohol (secara kimia) yg digunakan utk membuat pewangi itu. Perempuan yang tidak memakai wangian yang kuat ini tahu bahawa inilah yang dipesan oleh nabi. Sabda junjungan bahawa wanita yang keluar rumah dgn memakai wangian, adalah seperti pelacur. Bukan tidak boleh berwangi-wangi tetapi bersederhanalah dlm pemakaian wangian tersebut.

4. Perempuan memang tidak guna kata-kata yang keji, kerana dia tahu sesiapa sahaja yang bercakap perkara yang keji adalah mereka yang rendah akhlaknya. Lelaki atau perempuan yang bercakap menggunakan perkataan yang buruk @ jahat, adalah seperti sepohon pokok yang rosak akar tunjangnya. Dia tahu bahawa perumpamaan perkataan yang baik dan buruk dinyatakan dengan jelas dalam ayat 24-26 surah Ibrahim.

5. Perempuan tidak guna masa berborak untuk mengatakan hal-hal orang yang disekitarnya atau dengan kata lain mengumpat, memperkatakan keaiban saudaranya. Dia tahu bahawa sekiranya orang yang suka mengumpat baik lelaki atau perempuan dia seolah-olah memakan daging saudaranya sendiri.
Apakah sanggup kita memakan daging saudara sendiri? Persoalan ini ditanyakan kepada kita dalam firmanNya ayat 12. surah al-Hujurat.

6. Perempuan memang tidak guna tudung tiga segi, apabila memakainya diselempangkannya sehingga nyata bentuk perbukitan pada badannya. Sememangnya ia menjadi tatapan mata lelaki yang jahat yang terkena panahan syaitan. Dia tahu apabila bertudung, dia mesti melabuhkan tudungnya sehingga menutup alur lehernya dan tidak menampakkan bentuk di bahagian dadanya. Pesan Rasul seperti yang disuruh oleh Allah tersebut dalam ayat 59 al-Ahzab. Begitu juga seorang lelaki yang bergelar suami mesti memberi peringatan untuk isteri dan anak-anaknya.

7. Perempuan memang tidak guna lenggok bahasa yang boleh menggoda seorang lelaki. Jika bercakap dengan lelaki yang bukan mahramnya, bercakaplah dengan tegas. Jangan biarkan suara lentukku untuk menarik perhatian lelaki yang sakit dalam hatinya. Sememangnya suara perempuan bukanlah aurat, jika aurat maka Allah tidak akan menjadikan perempuan boleh berkata-kata. Bertegaslah dalam percakapan, jangan gunakan suaramu untuk menarik perhatian lelaki sehingga menjadi fitnah buatmu. Bahaya suara wanita yang bercakap dengan gaya membujuk yang boleh mencairkan keegoan lelaki (yg bukan mahramnya) dicatat dalam ayat 32 surah al-Ahzab. Makna ayatnya lebih kurang begini "?.Maka janganlah kamu tunduk dlm berbicara sehingga berkeinginanlah orang yang ada penyakit dlm hatinya dan ucapkanlah perkataan yang baik" 'Tunduk' di sini ditafsirkan sbg berbicara dgn sikap yang boleh menimbulkan kebaranian orang untuk bertindak jahat kpd mereka. "Penyakit dlm hati" adalah keinginan seorang lelaki utk melakukan perbuatan sumbang dgnnya seperti berzina. Mengapa? Lelaki sangat mudah tertarik kpd seorang wanita melalui suaranya.

8. Perempuan memang tidak guna alat make-up untuk menonjolkan kejelitaannya melainkan di hadapan suaminya sahaja. Adab bersolek (tabarruj) ini amat ditekankan kepada wanita muslim (muslimah) kerana semestinya kecantikannya adalah hak ekslusif yang mesti dipersembahkan kepada suaminya. Jika ingin keluar bekerja, dia memakai make-up secara bersederhana sahaja sehingga tidak jelas kelihatan pada wajahnya dia bersolek. Jangan bersolek sehingga cantiknya anda sehingga kadang2 wajah anda menjadi seperti hantu. Hendak bergincu? Jika bergincu, pakailah yg tidak menyerlah warnanya. atau Mengapa tidak pakai lipstick sahaja?

9. Perempuan tidak guna kain tudung yang jarang-jarang seperti jarangnya jala yang digunakan untuk memukat haiwan akuatik. Kerana apabila memakai tudung seperti ini, akan nampak juga bahagian yang sepatutnya ditutup rapi dari pandangan orang lain. Rambut adalah mahkota, tetapi jangan biarkan mahkota itu tidak 'berharga' dengan menayangkannya tanpa sebarang perlindungan. Jika mahkota berharga disimpan dengan rapi di dlam sangkar, dan ditambah pula pengwal untuk menjaga keselamatannya, maka demikian juga dengan rambut wanita. Sangkar itu adalah kain litup yang sempurna dan pengawalnya pula adalah ilmu yang diamalkan oleh anda untk memakainya dengan cara yang terbaik

wallahua'lam


Tuesday, December 14, 2010

Bila Allah Cepat Makbulkan Doamu

bismillahirrahmanirrahim...
" Ya ALLAH jadikanlah kami hamba2 mu yang bertaqwa... Ampunkanlah dosa2 kami, kedua ibubapa kami, ahli keluarga kami serta dosa semua umat2 Islam yang masih hidup mahupun yang telah meninggal dunia....."
Amin......
Bila Allah cepat makbulkan Doamu, Maka DIA Menyayangimu, Bila DIA Lambat Makbulkan doamu, Maka DIA Ingin Mengujimu, Bila DIA Tidak Makbulkan Doamu, Maka Dia Merancang Sesuatu Yang lebih Baik Untukmu. Oleh itu, Sentiasalah Bersangka Baik Pada ALLAH Dalam Apa Jua Keadaan Pun... Kerana Kasih sayang ALLAH Itu Mendahului KemurkaanNya. 

Thursday, December 9, 2010

...perlu bersyukur...

bismillahirrahmanirrahim...

dari seorng sahabat...ku bingkis kan kata2 itu di sini...
harus ada rasa BERSYUKUR di setiap kali ujian menjelma...

itu jelasnya membuktikan ALLAH mengasihimu setiap masa...

diuji tahap KEIMANAN sedangkan ramai terbiar dilalaikan......
...
hanya yang TERPILIH sahaja antara berjuta mendapat RAHMAT-Nya...
 
hadapilh setiap ujian NYA dgn penuh sabar..
mohon lah kpdNYA agar sentiasa dtunjukkan jln yg benar dan dikuatkn iman.. 
semoga setiap ujian yg dihadapi dpt mnambhkan rse cinta kpd NYA..

Monday, December 6, 2010

..::23456::..

bismillahirrahmanirrahim...

Tipu daya syaitan itu adalah yang berbentuk keduaniaan, keseronokan, kemegahan, kekuasaan, kewanitaan, dan yang seumpamanya. 
 
Oleh sebab manusia terlalu inginkan masuk syurga dengan ibadat, maka syaitan akan meniupkan perasaan ragu-ragu terhadap kesempurnaan amal itu.

Tipu daya syaitan adalah dari hadapan, kiri, kanan dan belakang. Itu adalah yang dimaksudkan dengan pelbagai penjuru.

Tipu daya syaitan dari hadapan adalah yang merupakan perkara-perkara zahir yang membawa kepada keindahan dan kemegahan.

Tipu daya syaitan dari sebelah kanan adalah sesuatu kebaikan tetapi dengan penuh riak dan ujub.

Tipu daya syaitan yang datangnya dari sebelah kiri adalah kerosakan yang datangnya dari jiwa yang mudah terpengaruh dengan kemegahan melalui jalan singkat.

Amal soleh adalah amal kebaijkan untuk memudahkan insan beriman dan mncari keredaan Tuhan.

Keredaan Allah itu mudah diperolehi melalui jiwa yang pemurah, pengasih dan penyayang kepada makhluk-makhluk dan hamba-hamba Alah.

Air mata taubat itu adalah penghapus segala dosa dan memujarabkan doa dan permintaan.

Buta hati itu akibat dari CINTA DUNIA. Bermula Cinta Dunia adalah dengan Cinta Harta. Cinta Harta mengundang Cinta Wanita. Cinta Wanita membawa sengsara.

Zikir untuk ingat Allah. Tasbih untuk puji Allah. Solat pula untuk kesyukuran dan Al-Quran itu sebagai bimbingan. Di mana Zikir, Tasbih, Solat dan Quran kita???

Sebaik-baik zikir di dinihari. Sebaik-baik tasbih pada waktu pagi dan petang. Seabik-baik solat jangan ditinggalkan. Sebaik-baik Quran dibaca dengan makna dan terjemahannya.

Hati yang suci lagi murni adalah hati yang sering dicuci dengan air mata taubat terutama dinihari.

Allah sangat bangga terhadap hambanya yang sering berkhalwat dengan zikir dan tasbih bagi mengingati dan memujiNYA.
 
Semua amalan dan ibadat itu mempunyai kebaikan dan kelebihannya yang tersendiri. Jangan terlalu rakus dalam mengejar kelebihan tersebut.

Segala kebaikan dalam amal ibadat itu lahir dari pengamalan dan mujahadah diri terutama secara berISTIQAMAH.

Belajarlah ilmu itu walau setinggi mana sekali pun dan jangan takut kepada kesesatan kerana Syariat Islam itu adalah benteng kepada iman.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...