Tuesday, December 28, 2010

mAlu OH MaLU

bismillahirrahmanirrahim

  1. Maksudnya: Daripada Abu Hurairah r.a. Rasulullah s.a.w telah bersabda : Iman itu ada lebih dari 70 cabang atau lebih dari 60 cabang. Sebaik-baiknya ialah kalimah syahadah, dan yang paling rendah ialah membuangkan halangan di jalan. Malu adalah satu cabang daripada iman. (Riwayat Muslim)
  2. Daripada Abu Mas'ud r.a. Rasulullah telah bersabda : "Apa yang sampai kepada manusia daripada kata-kata nabi yang terdahulu ialah : "Jika engkau tidak malu, buatlah apa yang engkau mahu". (Riwayat Bukhari)
  3. Daripada Imran bin Husain r.a. Rasulullah s.a.w telah bersabda : "Malu tidak mendatangkan sesuatu kecuali yang baik". (Riwayat Bukhari dan Muslim)

~ Malu ialah perasaan dalam jiwa yang tidak sanggup membuat sesuatu yang mendatangkan keburukan serta mengelakkn diri dari terlibat dalam perkara yang dianggap tidak baik oleh orang ramai. Perasaan inilah yang memelihara persaudaraan dan perasaan kemanusiaan sejagat dan menyebabkan seseorang menahan diri dari melakukan keburukan dan kedurjanaan.

~ Sifat malu dapat memelihara kehormatan diri dan menjadi asas dalam hubungan kemasyarakatan dan muamalah. Masing2 berpegang kpd janji nilai harga diri yang malu melakukan sesuatu yang bertentangan dgn prinsip2 kemasyarakatan dan muamalah seperti malu menipu timbangan, malu bergaul bebas dan sebagainya.

~ Mereka yang bersifat malu sahaja sanggup memelihara hak dan kewajipan dan menghias dirinya dengan tatasusila hidup yang mulia seterusnya menghindari sifat-sifat mazmumah. 

~ Sifat malu juga melahirkan beberapa sifat mulia yang lain seperti sifat benar, amanah, sifat ingin maju dan sebagainya. Seseorng akan berasa malu apabila dia tidak cemerlang seperti rakan-rakan yang lain. Seseorg yang memiliki sifat malu tidak akan merokok kerana perbuatan itu boleh merosakkan kesihatan.

~ Jangan tersalah faham dalam memahami pengertian malu sehinggakan membawa kesan buruk seperti malu nk tny guru menegenai pelajaran, malu menyatakan kebenaran dan sebagainya. Malu seumpama ini adalah dilarang sama sekali. 

~ Malu yang sebenar adalah malu yang membawa kepada kebajikan dan kemuliaan seperti malu melakukan dosa dan maksiat, malu tdk mendengar nasiht guru, malu tidak menepati janji, malu tidak belajar bersungguh-sungguh dan sebagainya.

~ "Apabila engkau tidak malu buatlah apa yang engkau mahu". Perintah ini bukanlah bermaksud memberi keizinan melakukan sesuatu yang dingini sesuka hati, tetapi adalah sesuatu suruhan yang tersirat di dalamnya suatu amaran yang keras dan ancaman balasan yang buruk. Tak ubah seperti bapa yang memarahi anaknya yang degil " Kalau berdegil juga buatlah apa yang kau suka".

Contoh tiada sifat malu dalam masyarakat hari ini :
  • Dalam soal akidah terdapat golongan yang tidak segan silu melakukan pekerjaan syirik kepada Allah. Mereka sanggup melakukan apa sahaja perbuatan syirik seperti pergi ke tempat keramat mendapatkan sesuatu hajat.
  • Dari segi ibadah ada golongan yang terang-terangan melanggar perintah kewajiban beribadah seperti tidak solat, tidak puasa, tidak berzakat, dan ada juga segelintir manusia tidak mahu mnunaikan haji walaupun mereka berkemampuan.
  • Ada di kalangan muda-mudi dan juga dewasa secara terang-terangan melanggar tatasusila Islam dengan meniru pergaulan, perlakuan, tindak-tanduk, pemikiran dan cara berpakaian barat yang tidak sesuai dengan Islam. Ini melahirkan golongan yang tidak sopan, biadab, tidak malu mencabar masyarakat dengan tindak-tanduk mereka yang menjijikkan. Timbulnya gejala ini disebabkan kurangnya didikan agama.

Intipati :
  • Sifat malu ialah satu cabang bagi kesempurnaan iman.
  • Sifat malu itu dapat menjadikan seseorg bermaruah.
  • Sifat malu adalah asas bagi kemuliaan akhlak individu muslim.
  • Orang malu akan beroleh kebaikan, kemajuan, serta kemuliaan hidup di dunia dan akhirat.
  • Sifat malu bermaksud malu melakukan maksiat bukannya malu dalam menyatakan kebenaran dan mencari ilmu.

0 potpetpotpet:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...