Saturday, August 14, 2010

:::Ramadhan...win or lost:::

bismillahhirrahmanirahim....asslamualaikum wrhmt....

Firman Allah s.w.t yg bermaksud: Wahai org2 beriman, kamu diwajibkan berpuasa sebagai mana diwajibkan ke atas orng2 yg terdahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa.
(al-Baqarah:183)

Berdasarkan dalil di atas jelaslah bahawa setiap umat islam sebenarnya diwajibkan berpuasa ke atas mereka pada bulan Ramadhan. Adakah kita semua pernah terfikir knp kita diperintahkan untuk berpuasa pada bulan Ramadhan. Apa yg ada pada puasa sebenarnya?. Kenapa kita diperintahkan utk berlapar dan dahaga selama lebih kurng setengah hari? Adakah pernah terlintas di fikiran kita persoalan2 sebegini??? sebenarnya dalil di atas jelas sudah menerangkan bahawa ibadat puasa yg diperintahkan itu adlh  supaya kita bertaqwa kepada Allah . Taqwa ialah takut kepada Allah. Bagaimana kita menunjukkan takut kita kpdNya??? iaitu dgn melakukan apa yg disuruh dan meninggalkan perkara yg dilarangNya.So, dgn mempraktikan perkara tersebut kita akan memperolehi cinta dariNya. When kita memperolehi cinta Allah, sudah semestinya syurga adalah ganjarannya. Sebenarnya jika kita perhatikan bulan Ramadhan ini telah memberi bonus kepada kita utk mendptkan cinta Allah. Banyak kelebihan dan keistimewaan yg dikurniakan oleh Allah kpd ummat Nabi Muhammad dlm bulan Ramadhan ini. Ramadhan adlh bulan yg amat dinanti2 kan olh para sahabat. Mereka sememangnya menyambut bln ini dgn penuh kegembiraan. Para sahabat amat menantikan Ramadhan ini kerana kerahmatan dan keberkatan yg ada dlm bln tersebut. 
Firman Allah s.w.t yg bermaksud: Bulan Ramadhan adalah bulan yang di dalamnya di turunkan Al-Quran, sebagai petunjuk bagi manusia dan penjelasan-penjelasan mengenai petunjuk itu dan membezakan antara yang benar dan yang batil. Karena itu, barang siapa di antara kamu ada di bulan itu, maka berpuasalah....
(Al-Baqarah:185)
Dalil di atas menerangkan salah satu keistimewaan Ramadhan ialah turunnya Al-quran. Al-Quran merupakan kitab yg mengandungi kalam Allah utk dijadikan sebagai petunjuk kepada hamba2Nya. Tanpa Al-Quran kita manusia tdk ada arah tujuan. Dalam Al-Quran jelas menerangkan segala-segalanya utk dijadikan  panduan kehidupan kita di dunia. Al-Quran memberitahu kita mana yg benar dan mana yg salah. Al-Quran adlah sebuah kitab penyelamat ummat. Bagi mereka yg membaca dan menghayatinya kehidupannya dipenuhi dgn NUR. Sesiapa yg hidupnya dipenuhi dgn NUR, maka tenanglah hatinya. Ketenangan merupakan satu nikmat yg berharga yg mn x semua hambanya dpt memilikinya. Al-Quran merupakan sebuah kitab bermukjizat yg akan membantu si pembacanya pada hari akhirat kelak. Di sini kita blh lihat betapa Al-Quran itu penting dlm kehidupan muslim. 

Dalam bulan Ramadhan juga Allah menyediakan satu mlm yg nilai ganjarannya amatlah besar iaitu Lailatul Qadr kepada ummat nabi Muhammad. Sepertimana firman Allah s.w.t yg bermaksud: Sesungguhnya kami telah menurunkannya(Al-Quran) pada malam qadar. Dan tahukah kamu apakah malam kemuliaan itu?. Malam kemuliaan itu lebih baik daripada seribu bulan. Pada malam itu turun para malaikat dan ruh(Jibril) dengan  izin Tuhannya utk mengatur semua urusan. Sejahteralah (malam itu) sampai terbit fajar. ( Al-Qadr: 1-5). Malam Al-Qadr hanya berlaku pada bulan Ramadhan dan tidak terdapat dlm mn2 bulan lain. Ibadah yang dilakukan pada malam tersebut menyamai 1000 bulan=83 tahun 4 bulan ibadah. Subhanallah...sayang dan kasihnyanya Allah kepada kita ummat islam dgn menyediakan ganjaran sebegini rupa. Ganjaran sebesar itu boleh diperolehi dgn melakukan ibadah pada satu mlm itu. Adakah hayat kita cukup utk melakukan ibadah selama 83 tahun.???. Ajal dan maut x siapa ketahui. Namun  hakikatnya, setiap yg bernyawa akan menemui kematian. Wahai sahabat2 semua, dari mana kita nk cari ganjaran itu pada hari2 dan bulan2 yg lain. Peluang x selalunya datang...,ayuhlah kita mengisi Ramadhan ini dgn menambahkan kualiti ibadat fardu kita  dan melakukan ibadat2 sunat pada bln yg berkat ini kerana setiap ibadah yg kita lakukan diberi ganjaran yg berganda berbanding pd bln2 lain. Jadi, manfaatkan lah segala peluang yg dikurniakan kepada kita. Wallahua'lam...


p/s: selamat menyambut bulan Ramdhan Al-Mubarak...dan selamat berbuka puasa...

Saturday, August 7, 2010

Friday, August 6, 2010

..::23456::..

sesuatu amalan itu hendaklah dilakukan dgn penuh keyakinan kerana tanpanya tiadalah gunanya malah sia-sia
ikutilah setiap amalan itu dgn penuh tertib dan mengamalnkannya dgn khusyuk dan tawadduk dgn penuh ikhlas hanya kpd Allah

sesuatu keistimewaan & kekeramatan itu datngnya dari hati yg luhur dalam mengamalkan sesuatu hanya kerana Allah

jauhnya pertolongan Allah itu apabila hati penuh dengn sifat sombong, angkuh, bongkak, dengki, khianat dan seumpamanya (penyakit hati)

bacalah bismillahirrahmanirrahim sebanyak 21x sblm tidur dgn istiqamah, maka dihindari kita dari mati kafir, bahaya kecurian & godaan syaitan

baca bismillah sebanyak 786x pada malam hari & di minum pada matahri terbit, insya'Allah akan membantu kepada kecerdasan





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...