Sunday, July 31, 2011

Mampu ke aku nak khatamkan satu al-quran sepanjang Ramadhan?

bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum korang! esok dah nak pose daahh. korang dah ready ke? apa plan korng sepanjg bulan ramadhan nih?  well, korang semua pun mesti dah tahu en bulan ramadhan nih adalah salah satu bulan yaaang baaaaanyak kelebihannya. setiap amalan kebaikan yang dilakukan dlm bulan Ramadhan akan diberikan ganjaran beerrrlipat kali ganda.


bila dtg ramdhan nih teringat pulak kat sekolah dulu (tak habis2 ngan sekolah) mesti ada aktiviti yang dirancang. salah satunya majlis khatam quran. sape2 yang dapat khatamkan quran dalam bulan ramdhan tuh akan diberikan hadiah . so, saya terfikir macam mana nak khatamkan quran dalam sebulan ramadhan tuh. saya sorang nak kene baca 30 juzuk. kalau ikutkan sebelum nih berbulan-bulan nak habiskan 30 juzuk tuh. inikan pulak nak kene habiskan 30 juz dalam sebulan. ish, macam susah la nak khatamkan quran dalam tempoh sebulan Ramadhan nih.




setiap kali lepas baca quran mesti tgk berapa ratus helai lagi nak kena baca. so, terdetik la dalam hati "tebal lagi nih, sempat ke tak aku nak habiskan. aku kena spend masa yang banyak untuk khatam nih" dan saya akui saya pun bukannye rajin sangat pun. kdg2 benda macam nih lah yang menyebabkan kita susah nak baca quran dan khatamkan quran tuh sendiri.


dan paaadaaa suatu hari, saya telah temui cara yang terbaik. (terbaik bagi sayalah)


so, ini cara yang saya selalu buat :


kita semua dah tahu yang satu quran tuh ada 30 juzuk. so, nak khatamkan quran tuh dalam masa 30 hari mestilah kita kena baca 1 juzuk sehari en. 1 juzuk = 10 helaian = 20 pipi@muka. hehe. dan dalam sehari kita menunaikan 5 waktu solat fardu . so, setiap kali selesai solat fardu ambillah masa beberapa minit untuk baca 4 muka = 2 helai Quran.

conclusionnye :
2 helai @ 4 muka Quran/solat fardu X 5 solat fardu/sehari = 10 helai @ 20 muka Quran/sehari


10 helai @ 20 muka/sehari = 1 juzuk/sehari


1 juzuk/sehari X 30 hari(sebulan) = 30 juzuk 


30 juzuk = 1 Al-Quran


1 Al-quran = korang khatamlah! huhu

anda FAHAM??? (equation ntah apa2)




so, dengan buat cara nih, tak delah terbeban sangat pun. kita rasa macam ringan je nak baca Quran. tak delah rasa macam malas sangat en. alhamdulillah, bila buat cara nih paling malas pun dalam masa 3 bulan @ 2 bulan sekali saya dapat khatam Quran. dan cuba imagine dalam setahun berapa kali korang khatam? takdelah buat simpan je Quran tuh dalam almari. kita tak perlukan masa yang lama pun sampai sejam dua jam untuk sekali baca Quran nih. paling kurang pun ambik masa 5 minit je selepas solat. biar lah sedikit tapi berterusan. korang faham en?




tambah2 dalam bulan ramadhan nih. mampu je untuk khatamkan Quran tuh. bagi perempuan, memang ada masa ehem2 la en dan semestinya tak cukuplah 30 hari korang. tapi tak mustahil untuk habiskan dalam bulan Ramadhan nih.  maksudnya korang boleh cuba baca 2 juzuk/sehari. korang kene pandai2 lah bajet masa ehem2 korang tuh. hendak seribu daya, tak mahu seribu dalih. lalalala.






apa2 pun baca quran tuh dengan betul tajwidnya lah. nih baca quran sebab nak kejar masa untuk khatam. tak maulah macam tuh. khatam khatam jugak, kalau boleh cubalah fahami ayat2 quran tuh. rajin2 kan diri baca terjemahan dah jugak tafsir ayat tuh. dan berharap lah jugak agar korang teruskan baca Quran even Ramadhan dah habis. bulan2 lain pun korang bleh je apply cara nih...hehe. =)


Akhir sekali Selamat Menjalani Ibadah dalam bulan Ramadhan nih. (tak mau ucap lagi selamat hari raya sebab pose pun blum start lagi.)
chowwww

Asha : Pose lepas 2 hari je ganti. Berharaplah jugak agar pose kali nih penuh. huhu 

wassalam    


Entry lepas : ST#2


Tuesday, July 26, 2011

Haaa, ini Allah berpesan kepada perempuan

bismillahirrahmanirrahim


ingat lagi dulu time sekolah subjek pend.syariah islamiah (ish, tak habis2 time sekolah), time tuh seingat saya kitaorg berbincang bab nikah kawin.(tau mesti topik nih ramai tak tido dlm kelas en. hehe.) ustazah sentuh la pasal aurat perempuan masa tuh. dan dia pun tanya :

ustazah : apakah dalil atau bukti atau ayat yang Allah bercerita tentang aurat perempuan?(mcm ni lah lebih krg soalan ustzah. tak ingat sgt.)

pada masa tuh semua org senyap, then saya pun bagitau jawapan :

Asha : surah An-Nur ayat 31! (time tuh tak delah jerit kuat sangat sbb dah duk depan, tapi satu kelas la dgr. hehe)

lepas tu ustazah pun cakap BAGUS ASHA! beri satu tepukan utk asha! senyum je la time tuh. hehe. lepas tu ustazah pun teruskan dengan penerangan dia lah.

ok. abaikan cerita kat atas tuh. cerita nak perasan je tuh. tak bagi tau pun tak pe sebenarnya. tapi tak pelah saje je. buat intro. tapi itu cerita benar yer. hehe.



SURAH AN-NUR AYAT 31 :
Dan katakanlah kepada para perempuan yang beriman, agar mereka menjaga pandangannya dan memelihara kemaluannya, dan janganlah menampakkan perhiasannya (auratnya), kecuali yang (biasa) terlihat. Dan hendaklah mereka melabuhkan kain tudung hingga ke paras dadanya dan janganlah menampakkan perhiasannya (auratnya), kecuali kepada suami mereka atau ayah mereka atau ayah suami mereka atau putera-putera mereka atau putera-putera suami mereka atau saudara-saudara lelaki mereka atau putera2 saudara2 perempuan mereka atau para perempuan (sesama Islam) mereka atau hamba sahaya yang mereka miliki atau para pelayan lelaki (tua) yang tidak mempunyai keinginan (terhadap perempuan) atau anak2 yang belum mengerti tentang aurat perempuan. Dan janganlah mereka menghentakkan kakinya agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan. Dan bertaubatlah kamu semua kepada Allah, wahai orang yang beriman, agar kamu beruntung.


so, renung-renungkan wahai kaum perempuan sekalian. Allah dah berpesan pada kita. pesanan ini adalah satu perintah kepada kita. selamat beramal. =) (peringatan buat diri juga)

wassalam

Entry lepas : hidup kita macam buat math ? 


Monday, July 25, 2011

hidup kita macam buat math

bismillahirrahmanirrahim

add math, math & fizik adalah subjek yang saya suka kat sekolah dulu walaupun markah ujian selalunya tak de lah tinggi mana pun. heee. apa yang buat saya suka dengan subjek tu sebabnya subjek tu adalah subjek yang berkaitan dengan penyelesaian. subjek yang membuat kita berfikir macam mana nak dapatkan jawapan. very interesting. tak boring.



satu soalan yang simple tapi mempunyai banyak jalan kira hanya untuk mendapatkan SATU jawapan. dalam nak mendapatkan jawapan ada yang menggunakan jalan kira nya panjang berjela baru boleh dapat jawapan. ada jugak yang pakai cara yang simple, kejap je dah siap. well, ada jugak soalan yang kita tengok panjang berjela dengan bermcm nombor siap berhuruf lagi tapi tengok2 jalan kira nya senang je.




hidup kita nih macam buat math. setiap masalah yang kita dapat mesti ada jawapannya. cara nak dapatkan jawapan banyak juga caranya. bergantung pada kita. cara senang dan jugak cara susah. jika cara atau jalan kira yang kita buat itu adalah betul maka insyaAllah dapat jawapannya tak kira cara panjang atau pendek, susah atau senang.

math is interesting and life too. =)

life is complicated like math but life is easy like math too. betul ke? hehe.


Asha :
premis 1 : saya suka math
premis 2 : math jugak suka saya
conclusion :  saya dan math bercinta. haha. XP


wassalam

Entry lepas : kita


Sunday, July 24, 2011

<...kita...>


bismillahirrahmanirrahim


kita sering mahukan hari yang cerah...
tetapi Allah lebih mengetahui,
hakikatnya hujan perlu diturunkan...
kita sering inginkan KESERONOKAN...
jauh sekali KESUSAHAN...
tetapi Allah lebih mengetahui, 
kesusahan itu yg mengajar kita erti kehidupan...
kita sering menginkan KETENANGAN...
hakikatnya diri ini penuh dgn dusta n KEJAHATAN....
tetapi manusia tdk dpt lari dari KESILAPAN...
semua itu bukanlah satu hukuman,
tetapi sbg tanda KASIH dan SAYANG Allah 
agar kita lebih beriman...

wassalam




Saturday, July 23, 2011

seseorang itu akan berterusan buat salah

bismillahirrahmanirrahim

masih saya ingat lagi time skolah2 dulu memang selalu kene tegur dgn cikgu sebab buat salah. buat latihan salah kene tegur. buat perangai tak betul sket kene tegur. kita pergi sekolah ni memang untuk menerima teguran dari cikgu2 en. setiap kesalahan yg kita buat diperbetulkan. jika kita tidak ditegur agak2 nya macam mana kita ek sekarang?

kita ni manusia. tak terlepas dari kesilapan.


sape yang perasan dia hebat dan teliti

kita dikelilingi manusia2 lain yang pelbagai ragamnya. pelbagai kerenahnya. selama kita hidup sudah tentu mata kita pernah melihat mereka2 yang membuat kesilapan. sedang kita memerhatikan mereka, pernahkah terlintas di fikiran kita, "adakah dia sedar yang sebenarnya dia tengah melakukan kesilapan?". atau yang terlintas di fikiran kita yang macam nih, "apa ke bodoh dia nih" atau "asal dia nih bengap sangat" atau apa2 lah yang sewaktu dengannya. 





so, saya terfikir selagi mana seseorang itu tak diberitahu yang dia sebenarnya tengah buat kesalahan selagi itulah dia akan berterusan melakukannya. dan selagi itu jugak kita yang berada di sekeliling dia akan rasa tak sukalah. dia menyangka masyarakat sekeliling bersetuju dengan apa yang dibuat. kan2?


(bagi mereka yg dah sedar apa yg dia buat tuh salah tapi tak berubah jugak <---- yang ni kategori dogil!) 


Asha : klu korang jumpa orang yang korang tak kenal ada nasi kat muka dia, korang tegur tak? hemmm.


wassalam




  

Sunday, July 17, 2011

Anda sememangnya hebat

bismillahirrahmanirrahim

kata-kata dari seorang kawan :

anda hebat bukan kerana DI MANA anda belajar tapi anda hebat kerana DIRI anda sendiri



kagum dengan ayat tuh dan memang betul pun. kehebatan sebenar kita bukan di ukur di mana tempat kita belajar tapi di ukur dari kehebatan kita sendiri. if kita berada di tempat yang hebat sekalipun tapi kita tak menunjukkan prestasi yang hebat tak de apa yang nak dibanggakan kat situ.


wassalam


Friday, July 15, 2011

Mesti Baca nih !!!

bismillahirrahmanirrahim


Seseorang yang berniat ingin bertaubat pada 12 haribulan meninggal pada 11 haribulan


moga kita tidak tergolong di kalangan yang macam nih.
=)

wassalam


Monday, July 4, 2011

♥ Life is blessing and comes with a purpose ♥

bismillahirrahmanirrahim

kesenangan dan kesusahan adalah dua bentuk ujian dari Allah swt untuk menguji dan menentukan ketinggian dan kerendahan level, darjat atau martabat kita sebagai manusia di sisi Allah swt.  




ramai yang tak sedar sebenarnya kesenangan tu jugak adalah satu bentuk ujian daripada Allah swt. kebanyakan orang fikir hanya kesusahan je bentuk ujian dan dugaan yang datang. dunia sebenarnya adalah medan ujian buat manusia. kesenangan dan kesusahan di dunia adalah jalan kepadanya untuk meraih ganjaran yang kekal.





kesenangan yang Allah nikmatkan kepada setiap hambaNya adalah semata-mata untuk menguji tahap mana kesyukuran seseorang hamba Allah itu. adakah dia akan leka dan lalai dengan nikmat yang diterima? atau berterima kasih dan mengingati yang bahawa kenikmatan yang dia terima itu datangnya dari Allah dan dia berterusan mengerjakan kebajikan? di sini minta dijauhkan (nau'zubillah) agar kita tidak tergolong dalam golongan Istidraj.






datangnya kesusahan atau bala kepada seseorang hamba itu bukanlah tandanya Allah swt membenci tetapi itu adalah tanda kasih Allah kepada hambaNya. mungkin kesenangan yang kita terima itu telah melalaikan kita jadi Dia menimpakan kesusahan kepada hambaNya untuk memberi peringatan dan loceng amaran. dari situ kesabaran kita diukur. Allah swt mahu melihat sejauh mana hambanya menerima, reda dan menghadapi musibah yang menimpa. dan kembali mengingatiNya.



Allah swt akan menambahkan rahmat dan kasih sayang kepada hambanya melalui ujian. untuk mengukur tahap mana keimanan seseorang hamba itu juga Allah swt datangkan ujian.

"Apakah manusia itu mengira bahwa mereka dibiarkan (saja) mengatakan: "Kami telah beriman", sedang mereka tidak diuji lagi?" (Al-Ankabut : 2)


jadi, apa2 pun semua itu datang dengan bersebab. terkandung hikmah disebaliknya. 
hidup ini sememangnya satu rahmat dan datang dengan bersebab.
sebabnya adalah beriman kepada Allah swt semata-mata dan mendapatkan tempat di syurgaNya.



wassalam


Sunday, July 3, 2011

sometimes sadness realised me

bismillahirrahmanirrahim


kadang-kadang bila kesedihan datang singgah dalam diri kita 
membuat kita duduk termenung berfikir


berfikir setiap perbuatan yang pernah kita lakukan
samada betul atau salah
muhasabahkan diri kita, menghitung kembali kebaikan dan keburukan yang dilakukan
bandingkan


  

dalam keadaan kita sedih, saat itulah hati kita tersentuh. 
membuat kita sedar dari kelalaian.
kembalikan kita ke jalan yang benar.

wassalam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...