Friday, August 26, 2011

The real reasons wearing hijab

bismillahirrahmanirrahim

apakah reasons yang sebenar korang bertudung atau berhijab?

googled


adakah kerana dari kecik lagi kita diasuh pakai tudung, then bertudung nih dah jadi satu habit buat kita ?

atau

adakah kerana suruhan dari ibubapa, kawan2 atau masyarakat sekeliling kita bertudung ?

atau

adakah kerana nak berfesyen ? sebab sekarang dah macam2 trend tudung wujud sekarang.

atau

adakah kerana ingin mendapat cinta dari seorng lelaki ? sebab lelaki tu suka perempuan yang bertudung.

atau


adakah kerana kita bertudung bila nak berkahwin ?  


atau


adakah kerana kita akan menunaikan haji atau umrah kita bertudung ?


atau 


adakah kerana bila bulan Ramadhan kita bertudung ?


atau 

adakah kerana ada alasan atau sebab2 yang tertentu ?


atau


adakah kerana suruhan Allah yang menyuruh setiap wanita islam itu menutup aurat ? jadi untuk menutup aurat kita bertudung ?



setiap orang ada reasons tersendiri bila mengenakan tudung. pada awalnya mungkin kita bertudung disebabkan salah satu jawapan bagi persoalan yang kat atas tuh. biar apa pun sebabnya menutup aurat dengan betul adalah wajib. moga kita sentiasa berusaha dan berdoa agar apa yang kita buat adalah sebenar-benar sebab.






wassalam






Masih ada yang mahu menegur

bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum and salam sejahtera korang ! alahai, kesian blog dibiar lama tak berupdate. kemanakah menghilang ? hehe...hilang pergi membawa diri mencari damai yang hilang.=P. apa2 pun terima kasih banyak2 mereka yang sudi singgah. insyaAllah akan cuba jejak balik korang.


ok. terus kepada tajuk. sila scroll ke bawah yer. =)

|
|
|
|
|
|
V

bila aku lihat kawan2 aku yang mana mak ayah diorang selalu ingatkan dan tegur tentang solat, jaga aurat semua tuh, aku rasa cemburu. mak ayah aku tak pernah pun tegur dan ajar aku semua tuh sebab diaorg sendiri pun masih  tak jaga solat dan aurat. mak ayah aku tak pernah didik dan ajar aku. sedikit sebanyak aku tahu tentang solat aurat tuh pun nenek aku yang ajarkan dan jugak subjek pendidikan islam kat sekolah. aku bersyukur kerana Allah tunjukkan aku jalan yang sebenar. aku bersyukur kerana aku tercampak di satu tempat yang menyedarkan aku semua nih. aku mula sedar akan tanggungjawab aku. aku mula tahu tentang wajibnya solat dan cara melaksanakannya. aku mula tahu tentang penjagaan aurat yang sebetulnya. dan sekarang aku akan menghadapi satu cabaran untuk bawa keluarga aku balik ke jalan yang sebenar.
luahan dari seorang hamba Allah.



so, apa pandangan korang? tak dinafikan ada mereka2 yang mana berasal dari family yang tidak totally mengamalkan gaya hidup islam sebetulnya. boleh dikatakan hanya islam pada I/C je. tidak pernah menitik beratkan tentang solat, aurat dan perkara2 yang berkaitan kepada anak2 mereka. hanya mengharapkan subjek pedidikan islam dan kelas agama kat sekolah je yang mengajar dan mendedahkan semua tu kepada diaorg. 




tapi sebaliknya, bagi mak ayah yang selalu tegur dan didik anak2 diaorg tentang agama kebanyakan anak2 pula yang tak dengar kata. betul la kan. iman itu tak dapat diwarisi. walaupun ayahnya seorang imam masjid surau tak semestinya jugak anaknya akan macam tu. penyakit manusia, perkara yang senang kita dapat sememangnya kurang dihargai.    



kita masih lagi ada ibu bapa, orang tersayang yang mengingatkan, yang menegur kita untuk solat, jaga aurat dan perkara2 lain yang berkaitan. bersyukurkah kita? masih ramai lagi mereka2 di luar sana yang mana ibu bapa mereka tidak menitik beratkan perkara nih dalam diri mereka. masih ramai yang tidak tahu walaupun mereka islam. janganlah islam kita hanya diwarisi semata2 tanpa kita mengadaptasikannya dalam hidup kita.




alhamdulillah bagi mereka yang dapat petunjuk dari Allah, yang diberi kesedaran olehNya tentang tanggungjawab dia sebagai muslim, bagaimana cara hidup yang sebetulnya  kadang2 memberi cabaran kepada diaorg. cabaran kepada mereka untuk membawa keluarganya pula ke jalan yang betul. 


bagi mereka yang mana familynya sama seperti seorg hamba Allah kat atas tuh, teruskan usaha korang untuk bawa keluarga korang kembali ke jalan yang betul. reda dan sabar dengan perkara yang menimpa korang. sentiasa berdoa agar Allah beri petunjuk kepada mereka sebagaimana Allah beri pada korang. jangan putus asa. jangan berhenti berharap. selagi mana nyawa masih lagi dikandung badan selagi tu masih belum ada yang terlambat. pintu taubat masih lagi dibuka.     



surah Al-Zumar ayat 53 :
Katakanlah : "Wahai hamba-hambaKu yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri ! Janganlah kamu berputus asa daripada rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampunkan dosa-dosa semuanya. Sesungguhnya, Dialah Yang Maha Pengampun, Lagi Maha Penyayang.





hidayah. Allah anugerahkan kepada mana2 hamba yang dikehendakiNya. hidayah itu juga perlu dicari dan diusahakan.


wassalam




Sunday, August 14, 2011

SABAR

bismillahirrahmanirrahim

assalamualaikum korang ! sila buat muka excited macam ni. mesti comel korang buat ! lalalala.




well, hari nih dah masuk 14 ramadan dan sudah hampir separuh ramadan sudah berlalu. so far macam mana dengan pengisian ramadan kali ni ? adakah ramadan kali nih memberi perubahan yang baik dalam diri korang ? renung2kan. skang nak cite pasal marah memarahi kat korang.



marah. satu perasaan yang sume orang tak suka. kadang2 bila berhadapan dengan keadaan yang tengah marah nih sume benda tak kena. ini tak kena. itu tak kena. yang putih nampak hitam. yang hitam laaaaagi nampak lebih hitam. boleh dikatakan keadaan yang diselubungi dengan perasaan marah nih memang semuanya serba tak betul.





bila kita buat silap dan orang menegur kita dalam keadaan marah...sungguh merosakkan hari. dan bila begitu cara yang ditegurnya amat susah untuk kita terima. kadang2 kita yang kene marah nih pun balas dengan kemarahan jugak. so bila marah + marah = ??? bom meletup la gamaknye. then, mulalah timbul kebencian. berlaku perbalahan.



dan bila kita dalam keadaan marah nih, lupa sume perkara yang baik , ingat yang buruk je, then keluar kata2 maki hamun pastu bila reda mulalah menyesal. see, bila kita marah fikiran kita pun tak rasional tika tuh.





so, ini yang saya tahu lah cara untuk kita mengatasi dan mengawal kemarahan kita :

1. istighfar banyak2
2. ambil wuduk kerana air dapat memadamkan api kemarahan
3. bila kita tengah marah dalam keadaan berdiri, kita duduk
4. bila kita tengah marah dalam keadaan duduk, kita baring
5. diam. tak perlu berkata-kata
6. tarik nafas dalam2
7. then try senyum
8. kadang2 saya cari sesuatu yang lawak. bikin ketawa gitu. 





yang tuh bila kita tengah marah, macam mana pulak kita nak hadapi orang yang tengah marah atau orang yang kita dah tahu memang panas baran :

1. jangan buat sesuatu yang boleh menimbulkan kemarahan orang tu. hehe
2. diam. tak perlu bersoal. kalau korang ikut join marah sama alamatnya perang dunia ke-3. yeke? 
3. pegi lari jauh-jauh. senang cite. bila keadaan dah reda, munculkan lah diri korang. ngeh3. 


akhir kata , sabar. tahan. dan kawal marah kita. tak mau marah2. nanti cepat tuuuuaaa. kalau marah kene juuuuaaaal.
3singgit 3singgit 3singgiiitttt !!!

wassalam



   

Friday, August 12, 2011

Yang mencemuh dan dicemuh siapa yang lebih baik ?

bismillahirrahmanirrahim

google

Surah Al-Hujurat Ayat 11-12

Wahai orang yang beriman ! Janganlah suatu kaum (lelaki) mencemuh kaum lelaki yang lain, (kerana) boleh jadi mereka (yang dicemuh) lebih baik dari mereka (yang mencemuh) dan jangan pula perempuan2 (mencemuh) perempuan lain, (kerana) boleh jadi perempuan (yang dicemuh) lebih baik daripada perempuan (yang mencemuh). Janganlah kamu saling mencela antara satu sama lain dan janganlah saling memanggil dengan gelaran-gelaran yang buruk. Seburuk-buruk panggilan adalah (panggilan) yang buruk (fasik) setelah beriman. Dan barang siapa tidak bertaubat, maka mereka itulah orang yang zalim. [ayat 11]


Wahai orang yang beriman ! Jauhilah kebanyakan daripada prasangka, sesungguhnya sebahagian prasangka itu dosa, dan janganlah kamu mencari-cari kesalahan orang lain dan janganlah ada di antara kamu yang mengumpat sebahagian yang lain. Apakah ada di antara kamu yang suka memakan daging saudaranya yang sudah mati ? Tentu kamu merasa jijik. Dan bertakwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Penerima Taubat, lagi Maha Penyayang. [ayat 12]





 ~ > kita ditegah mencela antara sesama mukmin kerana orang mukmin itu ibarat satu badan.

~> panggilan yang buruk ialah gelaran2 yang tidak disukai oleh orang yang digelarnya dengan gelaran itu.


wassalam




Wednesday, August 10, 2011

Masa terlalu cepat atau kita yang terhegeh-hegeh?

bismillahirrahmanirrahim

google


kenapa kdg2 kita rasa masa tu terlalu cepat berlalu dan kdg2 terlalu lambat ? masa ada pergerakan lambat cepat ke huh ? bila dia nak cepat dia tambahkan kelajuan dia ? bila dia nak lambat dia kurangkan kelajuan dia tu ? macam tu ? ATAU sebenarnya pergerakan kita nih yang lambat cepat ?

setahu saya masa ada 24 jam je sehari. tak pernah le plak dengar 20 jam atau 25 jam sehari.




penantian 

kita rasa masa tu lambat je berjalan bila kita tak de buat apa2. kita menunggu masa. hemm. contohnya, menunggu masa untuk berbuka. duk tenung je jam tu. 5 minit itu dirasakan macam 5 tahun. betul lah penantian itu satu penyeksaan.  lain pulak dengan orang yang sibuk. sibuk dengan aktiviti. 24 jam yang ada rasa macam tak cukup. kali nih kita rasa masa tu cepat je berlari. sedang sibuk duk buat keje tak sedar pun waktu berbuka. kan2 ?  waktu solat pun. hehe.




situasi dalam dewan exam...
kita dah ditetapkan masa beberapa jam untuk menjawab soalan diberi contohnya 3 jam la. pelajar yang selesai jawab soalan awal dan masanya masih lagi berbaki 2 jam (pergh, 1jam je jawab soklan)  merasakan lambatnya masa nak habis. boring menunggu. alih2 tertidur. ngeh3. lain plak dengan pelajar yang tak sempat pun nak jawab semua soalan dalam masa yang ditetapkan. dia merasakan cepatnye masa habis. then, mulalah konplen masa yang diberi tak cukup. tapi, tak dinafikan ada jugak pelajar yang betul2 menggunakan masa 3 jam yang diberi. soalan semuanya dijawab. minit2 yang berbaki digunakan untuk semakan. yang ni boring pun tak, konplen pun tak. relaaaxxx je.





google
so, kat sini bagi saya kelajuan masa tu sentiasa constant. tak penahnya accelerate atau decelerate. kita nih je yang accelerate and decelerate. pilih yang mana kita nak samada kita nak accelerate, decelerate kan pergerakan kita atau kite nak constant je. kalau pegi mana2 ceramah motivasi pun naik jenuh kita duk dengar "manage your time". susun aktiviti kamu mengikut keutamaan. make sure masa kamu itu diisi dengan perkara yang bermanfaat. buat preparation. buat jadual. kan2? memang benda nih je yang selalu keluar. dan itulah yang sebetulnya. (pesan kat diri jugak nih)



jangan salahkan masa yang terlalu cepat atau lambat. salahkan diri yang terlalu slow atau terlalu rush. cukupkan masa kamu. tak de lebih tak de kurang.

^-^
wassalam

Entry lepas : WW#11

Tuesday, August 2, 2011

Doa itu wireless

bismillahirrahmanirrahim

anytime, anywhere kita boleh berdoa. coverage dia luas dan signal bar dia pun sentiasa penuh.

AL-BAQARAH : 186
Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu tentang Aku, maka (jawablah) bahawasanya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila dia memohon kepadaKu, maka hendaklah mereka memenuhi (segala perintah)Ku dan hendaklah mereka beriman kepadaKu agar mereka selalu berada dalam kebenaran


doa itu menunjukkan pengabdian kita kepada Allah. Allah dah tahu apa yang kita mahu. tapi jika kita tidak meminta agak2 Allah akan bagi ? doa menunjukkan pergantungan kita kepada Allah. segala rezeki/nikmat yang kita terima datang dari Allah. semuanya Allah yang bagi. jangan kita sombong, ego dengan tidak berdoa.  doa itu senjata kita seorang mukmin. tambah pulak dalam bulan Ramadan nih, banyakkan memohon keampunan dan minta jauh dari api neraka.


Asha : korang lebih kurang 2 jam lagi nak berbuka. Selamat Berbuka Puasa ! =)

wassalam

Entry lepas : Tawarih dan terawih


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...