Friday, August 12, 2011

Yang mencemuh dan dicemuh siapa yang lebih baik ?

bismillahirrahmanirrahim

google

Surah Al-Hujurat Ayat 11-12

Wahai orang yang beriman ! Janganlah suatu kaum (lelaki) mencemuh kaum lelaki yang lain, (kerana) boleh jadi mereka (yang dicemuh) lebih baik dari mereka (yang mencemuh) dan jangan pula perempuan2 (mencemuh) perempuan lain, (kerana) boleh jadi perempuan (yang dicemuh) lebih baik daripada perempuan (yang mencemuh). Janganlah kamu saling mencela antara satu sama lain dan janganlah saling memanggil dengan gelaran-gelaran yang buruk. Seburuk-buruk panggilan adalah (panggilan) yang buruk (fasik) setelah beriman. Dan barang siapa tidak bertaubat, maka mereka itulah orang yang zalim. [ayat 11]


Wahai orang yang beriman ! Jauhilah kebanyakan daripada prasangka, sesungguhnya sebahagian prasangka itu dosa, dan janganlah kamu mencari-cari kesalahan orang lain dan janganlah ada di antara kamu yang mengumpat sebahagian yang lain. Apakah ada di antara kamu yang suka memakan daging saudaranya yang sudah mati ? Tentu kamu merasa jijik. Dan bertakwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Penerima Taubat, lagi Maha Penyayang. [ayat 12]





 ~ > kita ditegah mencela antara sesama mukmin kerana orang mukmin itu ibarat satu badan.

~> panggilan yang buruk ialah gelaran2 yang tidak disukai oleh orang yang digelarnya dengan gelaran itu.


wassalam




3 potpetpotpet:

SYARIFF HAIKAL said... [Reply to comment]

LIKE DIS ENTRY...~!..YE KEBIASAAANYE ORG YG MENCEMUH ITU LAGI TERUK...DAN ADAKALANYE IANYA TELAH JADI SATU TABIAT..

Norani Shuhada Blogspot said... [Reply to comment]

yes!
majulah pernagai untuk agame..
jgan ingat kalau kiter hine org harini sampai bile2 kite akan kat atas..tidak3

kajaharuna said... [Reply to comment]

suka2... yg dicemuh mybe lagi baik


lama x singgah blog Asha :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...