Friday, April 29, 2011

sesuatu yang membuka minda ku

bismillahirrahmanirrahim



perkataan baik sememangnya dapat membuat orang menerima apa yang hendak kita sampaikan kepada mereka. perkataan yang kasar sememangnya agak susah bagi sesetengah orang untuk menerima apa yang kita hendak sampaikan walaupun niat kita untuk menyedarkan si dia. kadang-kadang itu lebih menyakitkan lagi hati mereka.




perkataan yang baik dan diam adalah termasuk daripada kesempurnaan iman. 



عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ أَنَّ رَسُوْلَ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ : مَنْ كَانَ يُؤْمِنُ بِاللهِ وَالْيَوْمِ الآخِرِ فَلْيَقُلْ خَيْراً أًوْ لِيَصْمُتْ، وَمَنْ كَانَ يُؤْمِنُ بِاللهِ وَاْليَوْمِ الآخِرِ فَلْيُكْرِمْ جَارَهُ، وَمَنْ كَانَ يُؤْمِنُ بِاللهِ وَالْيَوْمِ الآخِرِ فَلْيُكْرِمْ ضَيْفَهُ
Dari Abu Hurairah radhiallahuanhu, sesungguhnya Rasulullah Shallallahu'alaihi wasallam bersabda: Siapa yang beriman kepada Allah dan hari akhir hendaklah dia berkata baik atau diam, siapa yang beriman kepada Allah dan hari akhir hendaklah dia menghormati tetangganya dan barangsiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhir maka hendaklah dia memuliakan tamunya (Riwayat Bukhori dan Muslim) 







perkataan yang baik juga merupakan kunci pembuka hati. sesungguhnya kelembutan itu tidak terdapat pada sesuatu kecuali ia akan menjadikannya indah. sikap santun dalam berbicara adalah perlu dan perlu kita memilih kata-kata yang mendidik yang mampu menyentuh jiwa dan perasaan sehingga menjadinya baik. betul kan?  kita sebagai blogger menaiplah dengan baik, kadang-kadang seseorang itu tidak mengetahui dengan tepat nada atau lenggok bahasa kita. kemungkinan gurauan itu dibacanya dengan nada serius. jadi, berhati-hatilah kita dalam mengeluarkan perkataan. ternyata ianya agak benar yang " lidah dan mata pena itu lebih tajam dari sebilah pedang " yang mampu menaikkan seseorang bahkan juga dapat menjatuhkan. 



winkwink
wassalam




6 potpetpotpet:

sayangku azida said... [Reply to comment]

ye..susah nk paham ati orang ni..

n.asha said... [Reply to comment]

azida: betul tu...=)

LuN@_aiDi said... [Reply to comment]

salam,

jln2 n bce entri dicni..
n menarik nk folo ler=)

jom tgk ladang Apple New Zealand di blog km=)

http://kisahkami83.blogspot.com

n.asha said... [Reply to comment]

lun@_aidi : terima kasih...=)

dilazfamily said... [Reply to comment]

salam kenal
zaman sekarang nie macam2 ragam manusia. susah nak tahu mana yang benar2 baik dan sebaliknya.

apa2 pun berbuatlah baik dengan orang supaya orang akan ingat pada kite

n.asha said... [Reply to comment]

salam kenal juga...

dilazfamily..ya, itu betul. setuju sgt2. Rasulullah adalah contohnya bukan. sentiasa berlaku baik pada sesiapa pun.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...