Wednesday, May 11, 2011

peluang hidup

bismillahirrahmanirrahim


setiap orang diberi peluang dalam hidup mereka. peluang yang perlu kita hargai adalah kita masih lagi diberi peluang untuk bernafas...peluang untuk hidup. jadi dengan peluang yang masih ada ini jangan kita lepaskan peluang lain yang hadir dalam hidup kita. ambillah peluang itu, supaya nanti kamu tidak akan menyesal.






setiap orang ada kesusahan dan keperitan sendiri. berbeza. dan kita diberi peluang untuk mengubah kesusahan yang kita terima itu. pernahkah kite terfikir kenapalah nasib kita tidak sama dengan orang lain. mereka bahagia dengan hidup mereka. sedangkan kita tidak. setiap apa yang melanda diri kita ada cerita dan kisah tersendiri yang hanya si Dia saja yang tahu. bila kita masih lagi bernafas, kita masih lagi ada peluang untuk mengubahnya. semua itu ditangan kita sendiri. sekadar duduk dan meratap nasib sendiri tidak akan mengubah apa-apa. kita diberi kudrat dan akal untuk berfikir, jadi bangkit dan berjuang untuk perubahan yang baik.








selagi hayat dikandung badan tidak ada yang terlambat. masih lagi ada peluang. peluang ada dimana-mana jika kita beusaha untuk mendapatkannya. selagi nyawa tidak berpisah dari jasad selagi itu seseorang itu masih ada lagi peluang untuk berubah. cuma kita je. adakah kita mahu berubah dari yang buruk kepada yang baik atau kekal buruk selamanya.






peluang sentiasa ada untuk kita. bersyukur kerana masih lagi diberi peluang olehNya. adakah kita menghargai peluang yang diberi ini.? lupakan yang lepas. fokuskan yang akan datang. penuhi balik setiap peluang yang datang.




winkwink
wassalam



1 potpetpotpet:

wy yu said... [Reply to comment]

dear asha.(ni x de kene mngena ngan ur post.)haha.yes.since i'm still trough this korean drama, Sungkyungkwan Scandal,it can't be helped but to suddenly have my mind about ur 'wink2' sickness.haha.one of the hero in this drama really did quite a number of 'wink2' with his cute face.haha..i hereby recommend asha to watch this korean drama.haha.(sorry with this blurted thought.hehe).

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...