Monday, June 13, 2011

malu dan takut...?

bismillahirrahmanirrahim

sedang melihat kipas di siling sedang berpusing.*so what huh?. tak de kaitan langsung* Hatiku Milikmu sedang berlagu di telinga. *yg ni pun sama. takde kaitn. jiwang jap.hehe.*



 MALU dan TAKUT






MALU bertanya sesat jalan. TAKUT kerana salah berani kerana benar. kdg2 diri ini takut dan malu. apa yg nak dimalukan?...apa yg nak ditakutkan? fikir punya fikir...adakah sesuatu perkara yg kita lakukan itu satu perbuatan yg memalukan dan menakutkan? kamu pasti itu yg nak dimalukan dan ditakutkan.?
dan sekarang ingin aku katakan yg sebenarnya kebanyakan kita malu dan takut pada apa penilaian org lain pada kita. bukan malu dan takut pada perbuatan yg kita lakukan samada baik atau buruk.


tak dinafikan benda ni mmg betul dan terjadi. dan diri ini mengaku kadang2 pun mcm ni gak *kdg2 ke?..* malu dan takut apa yg org akan kata kat kita. kita malu...kita takut kalau2 bnd yg kita buat tu salah dan org gelak kat kita...nak2 bila org siap kutuk...maki...marah. kita malu dan takut pada pandangan manusia bkn pada pandangan Allah. betulkan.?


kebanyakan manusia skrg tidak takut dan malu pada perbuatan yg menakutkan dan memalukan yg dianggap hebat dan up to date drpd perbuatan baik yg dianggap aneh pada teman2nya atau org sekeliling. realiti skrg.
 

Seseorang yang bijak akan merasa malu dan takut, bila dia melakukan perbuatan yang tercela, yang merugikan dirinya sendiri mahupun orang lain. malu dan takutlah pada perkara yg mungkar dan tak elok. 

Sifat malu ialah satu cabang bagi kesempurnaan iman.
Tanda orang yang beriman ialah ia amat takut  kepada Allah

Allah SWT berfirman: “…tetapi takutlah kepadaKu jika kamu benar-benar orang yang beriman.” (Surah Ali – ‘Imran ayat 175).

wassalam

0 potpetpotpet:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...