Sunday, July 31, 2011

Mampu ke aku nak khatamkan satu al-quran sepanjang Ramadhan?

bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum korang! esok dah nak pose daahh. korang dah ready ke? apa plan korng sepanjg bulan ramadhan nih?  well, korang semua pun mesti dah tahu en bulan ramadhan nih adalah salah satu bulan yaaang baaaaanyak kelebihannya. setiap amalan kebaikan yang dilakukan dlm bulan Ramadhan akan diberikan ganjaran beerrrlipat kali ganda.


bila dtg ramdhan nih teringat pulak kat sekolah dulu (tak habis2 ngan sekolah) mesti ada aktiviti yang dirancang. salah satunya majlis khatam quran. sape2 yang dapat khatamkan quran dalam bulan ramdhan tuh akan diberikan hadiah . so, saya terfikir macam mana nak khatamkan quran dalam sebulan ramadhan tuh. saya sorang nak kene baca 30 juzuk. kalau ikutkan sebelum nih berbulan-bulan nak habiskan 30 juzuk tuh. inikan pulak nak kene habiskan 30 juz dalam sebulan. ish, macam susah la nak khatamkan quran dalam tempoh sebulan Ramadhan nih.




setiap kali lepas baca quran mesti tgk berapa ratus helai lagi nak kena baca. so, terdetik la dalam hati "tebal lagi nih, sempat ke tak aku nak habiskan. aku kena spend masa yang banyak untuk khatam nih" dan saya akui saya pun bukannye rajin sangat pun. kdg2 benda macam nih lah yang menyebabkan kita susah nak baca quran dan khatamkan quran tuh sendiri.


dan paaadaaa suatu hari, saya telah temui cara yang terbaik. (terbaik bagi sayalah)


so, ini cara yang saya selalu buat :


kita semua dah tahu yang satu quran tuh ada 30 juzuk. so, nak khatamkan quran tuh dalam masa 30 hari mestilah kita kena baca 1 juzuk sehari en. 1 juzuk = 10 helaian = 20 pipi@muka. hehe. dan dalam sehari kita menunaikan 5 waktu solat fardu . so, setiap kali selesai solat fardu ambillah masa beberapa minit untuk baca 4 muka = 2 helai Quran.

conclusionnye :
2 helai @ 4 muka Quran/solat fardu X 5 solat fardu/sehari = 10 helai @ 20 muka Quran/sehari


10 helai @ 20 muka/sehari = 1 juzuk/sehari


1 juzuk/sehari X 30 hari(sebulan) = 30 juzuk 


30 juzuk = 1 Al-Quran


1 Al-quran = korang khatamlah! huhu

anda FAHAM??? (equation ntah apa2)




so, dengan buat cara nih, tak delah terbeban sangat pun. kita rasa macam ringan je nak baca Quran. tak delah rasa macam malas sangat en. alhamdulillah, bila buat cara nih paling malas pun dalam masa 3 bulan @ 2 bulan sekali saya dapat khatam Quran. dan cuba imagine dalam setahun berapa kali korang khatam? takdelah buat simpan je Quran tuh dalam almari. kita tak perlukan masa yang lama pun sampai sejam dua jam untuk sekali baca Quran nih. paling kurang pun ambik masa 5 minit je selepas solat. biar lah sedikit tapi berterusan. korang faham en?




tambah2 dalam bulan ramadhan nih. mampu je untuk khatamkan Quran tuh. bagi perempuan, memang ada masa ehem2 la en dan semestinya tak cukuplah 30 hari korang. tapi tak mustahil untuk habiskan dalam bulan Ramadhan nih.  maksudnya korang boleh cuba baca 2 juzuk/sehari. korang kene pandai2 lah bajet masa ehem2 korang tuh. hendak seribu daya, tak mahu seribu dalih. lalalala.






apa2 pun baca quran tuh dengan betul tajwidnya lah. nih baca quran sebab nak kejar masa untuk khatam. tak maulah macam tuh. khatam khatam jugak, kalau boleh cubalah fahami ayat2 quran tuh. rajin2 kan diri baca terjemahan dah jugak tafsir ayat tuh. dan berharap lah jugak agar korang teruskan baca Quran even Ramadhan dah habis. bulan2 lain pun korang bleh je apply cara nih...hehe. =)


Akhir sekali Selamat Menjalani Ibadah dalam bulan Ramadhan nih. (tak mau ucap lagi selamat hari raya sebab pose pun blum start lagi.)
chowwww

Asha : Pose lepas 2 hari je ganti. Berharaplah jugak agar pose kali nih penuh. huhu 

wassalam    


Entry lepas : ST#2


14 potpetpotpet:

Yanaa said... [Reply to comment]

huhuhhuu...selamat menyambut ramdhan al--mubarak...:D

AshaNazal said... [Reply to comment]

@Yanaa sama lah juga yer yana! =)

ILA HonEyBuNNy said... [Reply to comment]

salam ramadhan...

jom kita sama2 rebut pahala di bulan ramadhan neh...bulan yang penuh keberkatan...

insyaAllah.akan cuba khatam Al-Quran lagi...;-)

sekamar rindu said... [Reply to comment]

salam....

selamat menyambut ramadhan...

Mediha Omar said... [Reply to comment]

InsyaAllah boleh :) Selamat menyambut Ramadhan AlMubarak :))

Anonymous said... [Reply to comment]

masyehhh asha.. perkiraan yg sgt bermakna sekali. gee nak buat lah.. masyehhh.. =)

AshaNazal said... [Reply to comment]

@ILA HonEyBuNNy salam ramadhan. berusaha untuk khatam al-quran lagi yup.

AshaNazal said... [Reply to comment]

@sekamar rindu wassalam. selamat menyambut ramadhan jugak yer. =)

AshaNazal said... [Reply to comment]

@MEDIHA OMAR insyaAllah. salam ramadhan jugak.

AshaNazal said... [Reply to comment]

@She's Gee sama2 gee. cubalah. insyaAllah.

lavenderlover said... [Reply to comment]

selamat berpose & semoga dpt capai khatam al-quran..u can!

nuranne said... [Reply to comment]

Equation yg sgt membantu...selamat berpuasa.

deeya said... [Reply to comment]

sebab tu sis suke mengaji depan ibu . xpun depan adik . mintak tolong diorang semak kan bacaan . then gilir2 lah bace nye . ade kala kite pulak semak .. hehe ~

btw , selamat menjalani ibadah puase dngan penuh keikhlasan =)

m said... [Reply to comment]

inshaallah =D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...