Friday, August 26, 2011

Masih ada yang mahu menegur

bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum and salam sejahtera korang ! alahai, kesian blog dibiar lama tak berupdate. kemanakah menghilang ? hehe...hilang pergi membawa diri mencari damai yang hilang.=P. apa2 pun terima kasih banyak2 mereka yang sudi singgah. insyaAllah akan cuba jejak balik korang.


ok. terus kepada tajuk. sila scroll ke bawah yer. =)

|
|
|
|
|
|
V

bila aku lihat kawan2 aku yang mana mak ayah diorang selalu ingatkan dan tegur tentang solat, jaga aurat semua tuh, aku rasa cemburu. mak ayah aku tak pernah pun tegur dan ajar aku semua tuh sebab diaorg sendiri pun masih  tak jaga solat dan aurat. mak ayah aku tak pernah didik dan ajar aku. sedikit sebanyak aku tahu tentang solat aurat tuh pun nenek aku yang ajarkan dan jugak subjek pendidikan islam kat sekolah. aku bersyukur kerana Allah tunjukkan aku jalan yang sebenar. aku bersyukur kerana aku tercampak di satu tempat yang menyedarkan aku semua nih. aku mula sedar akan tanggungjawab aku. aku mula tahu tentang wajibnya solat dan cara melaksanakannya. aku mula tahu tentang penjagaan aurat yang sebetulnya. dan sekarang aku akan menghadapi satu cabaran untuk bawa keluarga aku balik ke jalan yang sebenar.
luahan dari seorang hamba Allah.



so, apa pandangan korang? tak dinafikan ada mereka2 yang mana berasal dari family yang tidak totally mengamalkan gaya hidup islam sebetulnya. boleh dikatakan hanya islam pada I/C je. tidak pernah menitik beratkan tentang solat, aurat dan perkara2 yang berkaitan kepada anak2 mereka. hanya mengharapkan subjek pedidikan islam dan kelas agama kat sekolah je yang mengajar dan mendedahkan semua tu kepada diaorg. 




tapi sebaliknya, bagi mak ayah yang selalu tegur dan didik anak2 diaorg tentang agama kebanyakan anak2 pula yang tak dengar kata. betul la kan. iman itu tak dapat diwarisi. walaupun ayahnya seorang imam masjid surau tak semestinya jugak anaknya akan macam tu. penyakit manusia, perkara yang senang kita dapat sememangnya kurang dihargai.    



kita masih lagi ada ibu bapa, orang tersayang yang mengingatkan, yang menegur kita untuk solat, jaga aurat dan perkara2 lain yang berkaitan. bersyukurkah kita? masih ramai lagi mereka2 di luar sana yang mana ibu bapa mereka tidak menitik beratkan perkara nih dalam diri mereka. masih ramai yang tidak tahu walaupun mereka islam. janganlah islam kita hanya diwarisi semata2 tanpa kita mengadaptasikannya dalam hidup kita.




alhamdulillah bagi mereka yang dapat petunjuk dari Allah, yang diberi kesedaran olehNya tentang tanggungjawab dia sebagai muslim, bagaimana cara hidup yang sebetulnya  kadang2 memberi cabaran kepada diaorg. cabaran kepada mereka untuk membawa keluarganya pula ke jalan yang betul. 


bagi mereka yang mana familynya sama seperti seorg hamba Allah kat atas tuh, teruskan usaha korang untuk bawa keluarga korang kembali ke jalan yang betul. reda dan sabar dengan perkara yang menimpa korang. sentiasa berdoa agar Allah beri petunjuk kepada mereka sebagaimana Allah beri pada korang. jangan putus asa. jangan berhenti berharap. selagi mana nyawa masih lagi dikandung badan selagi tu masih belum ada yang terlambat. pintu taubat masih lagi dibuka.     



surah Al-Zumar ayat 53 :
Katakanlah : "Wahai hamba-hambaKu yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri ! Janganlah kamu berputus asa daripada rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampunkan dosa-dosa semuanya. Sesungguhnya, Dialah Yang Maha Pengampun, Lagi Maha Penyayang.





hidayah. Allah anugerahkan kepada mana2 hamba yang dikehendakiNya. hidayah itu juga perlu dicari dan diusahakan.


wassalam




4 potpetpotpet:

Yanaa said... [Reply to comment]

umm..btul tuu

dzafira said... [Reply to comment]

Hai... Nak tegur ni.. Lama yer tak update blog.. kemane menghilang? hehe... Dah jumpa belum damai yg hilang tu?

AshaNazal said... [Reply to comment]

@dzafira hehe. dah2. dah jumpa dah.

AshaNazal said... [Reply to comment]

@Yanaa =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...