Thursday, May 19, 2011

air mata yang mengalir ketika kita menangis

bismillahirrahmanirrahim


setiap kali ada masalah atau hati tak senang duduk diam kite akan cuba menangis. masuk bilik kunci pintu ketat2 atau cari tempat yg sunyi tak de org sekeliling dan menangis puas2. ambik masa kejap je tuk menangis tak yah lama2. then diri ini boleh senyum balik lepas tu. lap pipi yg dah basah dgn air mata tu pegi basuh muka nak cover le sket, tak nak kasi org tau yg kite br lepas nangis. rasa lega sbb beban dah berkurang sket. itu yang selalu kite buat.






air mata perasaan iaitu air mata yang mengalir ketika kita menangis. menangis dapat melegakan hati yg kadang2 tak berapa nk stabil. hati yg gundah gulana. bila kita menangis ketidakenakkan yg hadir dlm hati kita turut tumpah mengalir sebagai air mata. rasa sakit yg kita rasakan tu berkurang. perasaan menjadi lebih ringan serta pemikiran kita lebih jernih dan boleh berfikir dengan lebih rasional untuk mnghdapi masalah yg melanda diri kita.









sesetengah orng berpendapat menangis itu buang masa. dengan menangis masalah tak kan selesai. menangis itu hanya untuk org yg lemah yg selalu menyerah. ya, itu boleh diterima bagi mereka yg melampau2 dalam menangis mengalahkan anak2 kecil. seminggu tak henti2 menangis meratap nasib sendiri. lama-kelamaan jadi mcm kasim selamat. akhirnya diri yg rugi. diri sendiri merana. masalah tak selesai2 dan diri entah ke mana. org sekeliling jugak mendapat susah.


Air mata penyesalan yang mengalir umpama sungai yang mengalir mencuci kekotoran hati


menangis lah bila perlu. berpada-pada. menangis disaat dan waktu yg tepat. jika dengan menangis diri kita menjadi lebih kuat. tidak ada masalah. jika dengan menangis kita menjadi lebih lega, apa salahnya menangis. jika dengan menangis dapat mengurangkan tekanan kita, tak perlu ditahan tangisan itu. itu normal. menangis bukanlah menjadi simbol kelemahan jika kene dengan gayanya.



Rasulullah Saw. bersabda : "Wajah yang dibasahi air mata kerana takut pada Allah walaupun sedikit akan diselamatkan dari api neraka." Beliau juga bersabda, "Jika seseorang menangis kerana takut pada Allah maka dia tidak akan masuk neraka, seperti tidak mungkinnya air susu masuk kembali ke putingnya."

Aisyah bertanya kepada Rasulullah Saw., "Adakah diantara pengikut-pengikutmu yang akan masuk surga tanpa hisab?", "Ia" jawab Nabi. "Dia adalah orang yang banyak menangis karena menyesali dosa-dosa yang telah ia lakukan."







wassalam


3 potpetpotpet:

Unknown said... [Reply to comment]

Sungguh indah kejadian,

Indah lagi bagi yang mengetahui lagi mengamalkan,

Air mata itu sangat bernilai bagi yang merasai kesedihannya,

Hati yang halus selalu merasainya..

AshaNazal said... [Reply to comment]

@Azree ya. itu benar. =)

Shazwani said... [Reply to comment]

Air mata tidak mampu mengubah sejarah. Tapi nilainya tinggi pada orang yang tahu menghargainya.:)

nice entryy :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...