Rasulullah SAW sentiasa berzikir dan berdoa. Antara waktu yg paling kerap Rasulullah SAW berzikir dan berdoa adalah pd waktu pagi dan petang. Al-Ma'thurat adlh wirid, zikir dan doa daripada Rasululullah SAW utk diamalkan pada setiap kesempatan yg ada terutama selepas solat Subuh, Asar dan Maghrib oleh setiap individu yg mana wirid dan zikir ini telah disusun oleh Al-Imam Al-Syahid Hassan Al-Banna, pengasas gerakan Ikhwanul Muslimin yg berpusat di Mesir. Al-Ma'thurat sesungguhnya memberi banyak kelebihan kepada si pengamalnya.
KELEBIHAN MENGAMALKAN AL-MA'THURAT:
- Terpelihara daripada gangguan syaitan dari pagi hingga petang dan dari petang hingga pagi berikutnya.
- Terpelihara dari bahaya dan perkara-perkara yg tidak diingin.
- Segera mendapat apa yang dicita-citanya.
- Pahala seperti membaca sebahagian besar al-Quran.
- Keperluannya dicukupkan oleh Allah.
- Layak mendapat syafaat pada hari kiamat.
- Sering mendapat kelebihan yang tersendiri.
- Memberi ketenangan dalam jiwa.
- Mendapat ganjaran pahala daripada Allah SWT.
- Membina kekuatan dalaman dan semangat yang tinggi dalam melakukan setiap perkara
1 potpetpotpet:
"Dan sebutlah akan Tuhanmu dalam hatimu, dengan merendah diri serta dengan perasaan takut dan dengan tidak pula menyaringkan suara, pada waktu pagi dan petang. Dan janganlah engkau tergolong daripada orang yang lalai."
[Surah al-A'raf 7:205]
Post a Comment