Thursday, March 8, 2012

WAKE UP!

bismillahirrahmanirrahim


entry untuk bulan Mac dihidangkaaaaann. hehe
ok, entry kali ni bukan saya yang punya. bukan hasil idea saya. ini adalah salah satu entry seorang sahabat. seorang sahabat lama yang agak jauh dari saya. seorang sahabat yang pernah berjuang bersama dengan saya suatu masa dulu dan diharapkan masih lagi bersama dalam perjuangan ini. InsyaAllah. =)



wake up!
Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum wbt.
Another post today.huhu. Mungkin rasa dah getting better. Alhamdulillah.
Rasa terpanggil untuk memanggil. Memanggil sahabat-sahabat untuk sama-sama bermuhasabah diri. Betapa kita sebenarnya lemas ditenggelamkan dunia kita sendiri. Dunia yang dipenuhi dengan hiburan. Dipenuhi dengan cinta dunia. 
Sabtu yang lepas, sy menghadiri program yang bertemakan "Save Syria". Dan bersyukur sangat-sangat kerana digerakkan hati oleh Allah untuk menghadiri program tersebut. Di situ, wakil rakyat Syria sendiri yang datang. Sungguh menyayat hati. 
Buleh bayang dok mcmne khidupan mereka di sana? Hari-hari duk dalam ketakutan. Rumah takde,eletrik takde, dan yang paling sedih, masjid pom di bom. Kita boleh terima kalo orang kafir yang buat semua ni. Tapi ni dilakukan orang yang mengaku islam. 
Pemimpin syria, bashar assad, adalah golongan syiah nusairi. Kalo nak citer pasal syiah ni,panjang pulak. Plus ambo pom tak maashi sgt.Tapi, yang pastinya byk amalan dan kepercayaan yang boleh kategorikan sebagai mensyirikkan Allah. contohnya, menyembah matahari,awan juga mnafikan kerasulan Nabi Muhammad SAW dan terlalu mengagungkan saidina Ali. Terdapat juga surah-surah palsu yang mereka ada-adakan. 
Sebelum bashar assad, Syria diperintah oleh ayahnya, iaitu hafez assad. Semenjak itu lagi rakyat Syria menderita. 
"hafez telah membunuh datukku. bashar telah membunuh ayahku. dan aku kini yatim."
Itu adalah kata-kata yang dikeluarkan oleh seorang kanak-kanak syria. Dan di manakah kita di saat itu? Kita masih tenggelam dengan urusan kita. mungkin kita bertanya, apa yang kita boleh buat?
Here is the answer :
dipetik dari luahan seorang rakyat SYRIA :kami disini(di syria) tdk perlukan sbrang pertolongan dr segi kewangan,ketenteraan, & perubatan..Hanya satu yg kami pinta ' PERTEGUHKAN ISLAM DI TEMPAT KAMU. TIDAK PERLU KALIAN DTG MEMBANTU KAMI BERPERANG DI SINI JIKA ISLAM DI TEMPAT KAMU MASIH TERUMBANG-AMBING.
Sahabat, ayuh kita bangun. Tinggalkan zon selesa kita. Sebaliknya marilah kita menjadi insan yang bermanfaat. Masing-masing ada bidang masing-masing. Bersungguh-sungguhlah kita untuk menuntut ilmu. Tinggalkan yang melalaikan. Just a simple step. Niat belajar kerana Allah. Buat semua perkara kerana Allah. Ikut la nak wat gapo pom. nak wat assignment ko,nak bkak fb ko, nak bertwitter ko niat la kerana Allah. even nak dgr lagu or tengok korea dll :). 
Ingat, islam tidak memerlukan kita untuk ditegakkan. Sebaliknya, kita yang memerlukan Islam. Allah telah berjanji bahawa suatu hari, Islam akan tertegak kembali. tidak mahukah kita berada dalam perjuangan itu? 
Teringat satu cerita walaupun ia dikatakan sebagai israiliyyat, tapi ia dapat mmberi kita motivasi. Sewaktu Nabi Allah Ibrahim a.s dibakar oleh Namrud dengan api yang menjulang seperti gunung, seekor burung membawa beberapa titis air di dalam paruhnya untuk cuba membantu memadamkan api yang membakar. Burung-burung yang lain mengatakan apalah gunanya engkau membawa beberapa titis air untuk memadamkan api yang menggunung itu. Belum pun sempat air itu jatuh ke bawah, sudah tentu hilang sekelip mata akibat kepanasan api. Burung yang cuba membantu menjawab, "sekurang-kurangnya, aku tidak berpeluk tubuh tanpa cuba berbuat sesuatu. Setidak-tidaknya aku telah berusaha setakat termampu untuk menyelamatkan agama Allah di atas muka bumi ini."
Kita tidak diminta untuk pergi berjihad mengangkat senjata. Tapi,jihad kita adalah di medan kita  masing-masing. Marilah kita buat yang terbaik untuk menjadi duta Islam di medan masing-masing. 

Takbir! 

credit : stanza_qalby


 hati saya ni tergerak nak post entry ini. saya rasa entry tu dah menerangkan apa yang patut. tak perlu diperjelaskan lagi. so, wake up!

\ (^o^) / 




5 potpetpotpet:

Unknown said... [Reply to comment]

SEMOGA MEREKA TERUS SELAMAT..INSHAALLAH

mR.nawza said... [Reply to comment]

mintak copy kata-kata org syra tu boley x?

Obat herbal alami kanker hati said... [Reply to comment]

keren sob postingannya

Mummy Sher said... [Reply to comment]

SALAM KENAL.I DAH FOLLOW BLOG NI.FOLLOW I BALIK YE..TQ..;D

obat tradisional herbal alami said... [Reply to comment]

wah menarik juga nih posyingannya,,,,

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...