Tuesday, March 22, 2011

cerita persahabatan kita

bismillahirrahmanirrahim...

 kawan2 ku, 

Selamat pulang dan selamat bercuti kepada kamu semua. Semoga perjalanan pulang kamu selamat dan sampai ke destinasi masing-masing. Mungkin ada yang tidak membacanya sungguhpun itu, daku berharap cebisan kata-kata ku ini sampai jua kepada kamu walau tanpa diketahui. 
Cerita persahabatan kita...
Saat kaki ku dijejakkan disini, banyak kenangan dan peristiwa telah tercatat dalam buku sejarah kita. Banyak juga gambar-gambar keceriaan, kegembiraan, keseronokan, kekecewaan dan kesedihan yang dapat daku ambil dan simpan dalam album hidup ku. Sebak rasanya saat menaip kata-kata ini. Setiap kali daku menekan huruf-huruf pada keyboard setiap kali itu juga hati ku merintih kesedihan menyingkap semula perjalanan persahabatan kita. Mungkin ada yang tidak rapat, namun itu tidak dinafikan kamu tetap daku maksudkan dalam setiap kata-kata dan luahan ku di sini kerana setiap detik dan  setiap saat segala apa yang berlaku tetap tertulis dalam diari hidupku dan itu tetap mejadi sejarah hidup ku. Perjalanan hidup ku bersama kamu di sini sedikit sebanyak meberi kesan kepada ku. Melihat awan redup di langit biru, turut sama melahirkan rasa kesedihan akan perpisahan ini. Masih ingat lagi saat perkenalan pertama kita semua, menanyakan nama yang masih belum ketahui, mereka yang menjadi pemula bicara untuk memulakan simpulan kecil sebuah persahabatan. Simpulan itu dikuatkan lagi dengan saat-saat bersama. Sungguh, gelak tawa bersama kamu terlintas di minda ku. Kata-kata yang diucapkan kedengaran di telinga ku. Riak wajah masing-masing tergambar di fikiran ku. Saat-saat yang tidak dapat dilupakan.

SEMESTER 1

Semester pertama...perkenalan pertama...R2 Gurl Power...satu-satu nya group perempuan engineering...bebas bergelak tawa, bergurau senda...sememangnya power. Dalam group ini, banyak kenangan tersingkap antara kami. Yana, Si kecik molek, antara yang paling rapat. Belajar, makan, lepak, bergurau bersama. Yang paling ku rindui adalah gelak tawanya. Ida, groupmate kedua yang daku kenali selepas Yana. Orangnya lawak juga. Suka bila dia mengeluarkan kata-kata yang boleh menggelak org. Nina, pertama kali kenal di makmal komp. Orangnya agak garang juga n lawak. hehehe...kemudian perkenalan daku dengan Fifi, Wani, Chique, Ain, Mas, Tirah dan budak-budak group yg lain. Semester pertama memang best. Oleh sebab semua budak group gurls, kami memang bebas buat apa je time class. Nak bergurau pun sentiasa on je. Memang sentiasa hepi le walaupun ada juga sedikit salah faham berlaku. Ahhh...itu x kisah la ...biasa la dalam berkawan...ada juga pahit manisnya. 
















kenangan bersama mereka...
terima kasih kamu semua...

SEMESTER 2

Semester 2...R1...Masih daku ingat lagi...saat mengetahui group dirombak untuk sem ni...memang menentang sekeras-keranya..25 boys...12 gurls...oh no!. Memang tidak setuju. Namun, apakan daya...ku terima jua. Saat pertama kali masuk hall yang majoritinya lelaki...agak kekok bagi ku. Sangat kekok. Berasal dari sekolah yang mana semuanya perempuan memang agak tidak pelik jika kekok. Semester ini memang tidak sama dengan semester pertama. Sungguhpun itu, kelainan itu memang best. Banyak juga perkara yang daku belajar semasa sem ini. Sebelum ini yang tidak pernah tahu macam mana budak lelaki belajar...sem ini boleh la sedikit sebanyak daku ketahui. Hemmm...ku akui yang lelaki sememangnya hebat. Kelebihan yang ada pada mereka. Kadang-kadang cemburu, namun itu adalah satu kelebihan kepada lelaki yang mana mereka memikul tanggungjawab sebagai pemimpin kelak. Group R1...kamu semua memang best. Masing-masing pemalu bila dalam class. Bertegur sapa jarang la sekali bila bertemu. Namun kecoh bila berfacebook. Masing-masing komen macam dah kenal sangat daaa..dah x de malu-malu. Haih...macam ni la kami sepanjang sem 2 ni..dalam class senyap bila berfacebook memang bising je. Dah x de nak segan silu. Ada juga yang bertegur bila ketemu, tapi itu pun jarang sekali la. Apa-apa pun, untuk sem ni...memang banyak la perkara baru yang daku dapat. Apa perkara baru itu?...biarlah daku sahaja mengetahuinya. Tirah, Ati, Ckin. Tiqss, Fahima, Zizie, Miera, Tiqah, Qidd, Ayuni n Fatehah...sem ini kita mula rapat n mula bergurau en. Korang memang best. Memang suka sangat nak cari gaduh ngan asha en. ish3. Tapi x kesah pun...Buat Ckin, Tirah, Miera, Qidd, Tiqss, n Miera...hahaha...permainan kita memang best...n asha terlepas...yes!!!...hehehehe...
Semester 2 juga meninggalkan memori yang indah bagi ku...great memories.





lots of love
thanks for the gift...the most precious memories

from me:
wassalam...see u..wink2... ;)


0 potpetpotpet:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...