Friday, April 1, 2011

Ulfah-Wajah Yang Menyenangkan

bismillahirrahmanirrahim...


Persepsi kita terhadap org yg kita temui bergantung kpd wajahnya. Daya tarikan pada wajah seseorg itu bukanlah terletak pada kecantikan semata-mata.

Antara rahsia untuk mendapatkan wajah yg menyenangkan org yg melihat kita adlh seperti berikut : 

Niat yg Ikhlas

Secara saintifik org yg berniat baik dan ikhlas ini akn mengeluarkan tenaga dalaman positif yg terpancar melalui getaran dan gelombang (brain waves) yg hanya dirasai dengan gerak hati atau intuisi. Wajah org yg positif ini dirasakan menarik, bersih, lembut, manis dan sebagainya. Org yg mendampinginya akan merasakn aura itu. Oleh sebab itu, jagalah niat kita ketika bertemu seseorg kerana boleh terpancar wajah kita.

Senyuman

Senyuman yg tulus ikhlas dapat menghangatkan jiwa yg menerimanya. Ia boleh menjadi penawar dan ibadah, malah turut menceriakan dan memaniskan penampilan kita. Senyuman mampu menjadi penawar kpd penyakit rohani yg kronik. Kesan senyuman ini dapat menimbulkan rasa gembira org yg melihatnya. Senyuman yg ikhlas akan meresap dalam kalbu yg plg dalam.

Wajah Ceria

Keceriaan ialah anugerah Allah yg tdk terhingga kpd manusia. Ia berpunca dari lubuk hati hati yg bersih dan suci. Rasa senang dan bahagia menimbulkan wajah yg ceria. Alangkah senang hati kita melihat wajah org yg ceria. Wajah org yg ceria dapat menghiburkan org lain.

Kata-kata Yang Menyenangkan

Manusia senang dgn kata-kata pujian dan penghargaan. Ia dpt memotivasikan org yg menerimanya. Ucapan yg baik dgn penuh kemesraan dpt memikat hati org yg mendengarnya. Oleh sebab itu, rahsia org yg hebat ialah apabila dia dapat mengeluarkan kata-kata yg menyenangkan hati org lain.

Penampilan Yang Menarik

Persepsi org yg melihat kita banyak bergantung pada pakaian kita kerana 95% daripada badan org Muslim dilitupi oleh pakaian. Identiti seseorg banyak bergantung pada cara mereka berpakaian. Manusia sngt senang dan suka pada kecantikan. Oleh sebab itu, pilihlah pakaian yg menarik dan sesuai dengan keadaan dan suasana supaya org senang melihat kita.

Kita mampu untuk membuat org senang melihat wajah kita jika kita berusaha mengubah diri menjadi yg terbaik. Kemantapan dari segi fizikal, emosional dan spritual harus seimbang supaya kita disyangi Allah dan berjaya menawan hati org. Jika kita memberikan kebaikan, kita juga akan menerima pulangan yg sama iaitu kebaikan.

sumber:
Haji Zainuddin Ali, Ulfah, Majalah Solusi, (29).


0 potpetpotpet:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...